Sunday, 18 December 2011

plagiarism kot?

assalamualaikum..

note ni saya amik dari fb En Zulfadli Kamaruddin. aka myencik
wahh! tu ayat pertama keluar..hehe
xtaulah kan samada dia buat sendiri or amik kat mana2 bahan bacaan.
saya ni lebeh kurang macam plagiarism cikit. Amik dulu nanti baru gtau kat dia.hehe
so..ni la dia.
macam org tengah bercinta je kan?ahak2..

andaikan di dunia tiada cinta
mati kosong dan hampa tanpa jiwa
andai kata di dunia tiada cinta
apa yang kau impikan sia-sia

bila saja di dunia penuh cinta
hidup lebih bermakna bahagia
dan bila hanya ada cinta di dunia
semua terlihat indah mempesona







aduhhh...giler jiwang kot. dah pndai sekarang ni jiwang2..
ps: sori yang amik u punyer..





Friday, 16 December 2011

Teater 'Ayam Jantan Ayam Betina' 2011

Assalammualaikum..

shortly update! :D

Meh sini nak bagi tau sikit pasal teater AJAB. Aku baru je pergi tengok malam tadi. even banyak kerja tapi perlu juga  luangkan masa sekejap tok support Senior aku iaitu Abang Azim merangkap Pengarah tok Teater ni. Tak lama pun juz 2 jam lebih macam tu.

"Ayam Jantan Ayam Betina"

 Kadangkala kehidupan kita ini ibarat tingkah laku sereban ayam, berkokok menunjukkan lagak dan bertelur sebiji habis riuh sekampung. Riuhh!! keluarga Rahim didatangi oleh keluarga Tuan Dollah yang menuntut ganti rugi sebanyak RM5000 kerana anak perempuannya telah di "Good Night Kiss" kan oleh anak lelaki Rahim. Tindakan Tuan Dollah itu telah menyebabkan Midah, isteri Rahim marah dan tidak mahu membayar ganti rugi tersebut. Maka tercetuslah konflik di antara keluarga Rahim dan keluarga Tuan Dollah.

Teater ni bagi aku sangat la best n enjoy bila tengok. tambah2 lagi b4 ni stress memanjang kan. so kali ni bole la release tention sikit..komedi yang ditonjulkan banyak membuatkan penonton tidak jemu utk menanti aksi  seterusnya. Para pelakon juga sangat lah bertenaga, maybe sebab ni malam pertama kot?,pape pon hope mlm n show2 selepas ni pon anergi mereka akan tetap maintain!!. aku sangat  tertarik melihat aksi mereka yg bagi aku sangat bersahaja dan melucukan..good job la u guys!! ;D



sebelum show bermula. macam biase lah kan..




pergi berdua je mlm ni. Ana kawan kite yang sorang lg tu ada date ngn bf dia..hihi 


Pengarah Ayam Jantan Ayam Betina..
A. Azim Shahrim 
kredit tok dia!!!





Sunday, 11 December 2011

Merasa

aku lihat kamu..
aku melihat kamu..
aku hanya melihat kamu di alam maya
sesekali aku merasa seksa dan pedih jiwa
aku merasa seperti kau juga,
tapi tak sama sebenar-benarnya
kerana kamu yang merasa
semua perkara..
aku mendengar tanpa menutup telinga.
seluas-luasnya akan ku buka
melihat walau hanya di papan komputer riba
sabarlah wahai hati disana
seketika sahaja. ya seketika sahaja.
moral takde semangat je rasa
wahh!! memang seksa!
kuatkan semangat kamu wahai cinta
aku sentiasa ada
walau tak bisa bersama disana.
aku sentiasa ada.
akan ada.
untuk kamu cinta!

Saturday, 10 December 2011

Pergi

kau buat aku tergigit bibir
kala aku terfikir sendiri
sampai bila harus ditunggu
esok masihkah ada waktu? untukku dan untuk mu?
hari ini sunyi sendiri
satu kerja tak berganti
otak mati jiwa sendiri. ah letih. tolonglah pergi

telah letih menunggu masa
sampai bila tiba masanya
janji aku dah berjuta
dah! tak nak dengar
khabar nanti-nanti saja

mulut terkunci hati berhenti serta merta
titik. noktah dan tanda tanya.
bermain di setiap nada
aku biasa-biasa saja
buat muka selamba loya
dibiarkan saja sampai esok lusa.

Thursday, 8 December 2011

hari penat x penat kot..

assalammualaikum..

perasan atau tak lately aku sgt rajin membelek blog ni. bukan maksud aku xde assigment yg melambak. xde kje sekolah yang kena submit.. tapi rasa ingin berkongsi dengan korang membuak-buak rasenya..hakhak..perlu jugak aku tulis cikit-cikit nampaknya. baget ada orang bace blog ni lah kan..ecehh! abaikan je. kalau ada yang sudi bace! tq So Muchhh!!..muahhxx.. :D

hari ni tak nak cite banyak-banyak.
juz nak bagi korang tengok gambar yang di snap time promosi filem aritu..
masih fresh lagi nih. 2 days ago je pon. ni adalah under subject Event and Festival Management. tapi banyak program yang join coz biasa la kan if melibatkan sebarang event tentulah memerlukan banyak position.. sape yang handle camera la. yang ni dilakukan oleh MCP ( multiple camera production) bahagian protokol la. Stage manager, floor manager, media n publicity, marketing, logistics n so on. banyak sangat. xmampu nak taip semuanya.

walaubagaimanapun dengan adanya orang macam ni la event akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. even ada salah sana sini. itu adalah asam garam dalam sesuatu event. takde apa yang sempurna. sebagai manusia kami telah melakukan yang sehabis baik. yang baik datangnya dari Allah yang tak elok datangnya dari diri kami sendiri. Wallahhualam..

ok! cukup kot melalut..
nak tengok!.. :D

time briefing sampat lg posing dl.. PM mesti hangin je tengok..hihih


ana, aku & kirin.. kawan yg kemana2 je mesti bertiga..
kalau tak de salah sorang mesti org akan tanya..ehh mne 1 sorg? (haha x caya sudah..)


Tini, Kirin, Ila (MC pd hari tu) & aku..ni snap time dah abis event. b4 2 tak sempat nak bergambar. memang kelang kabut buat kje lain. kekonon rajin la kan.ahakkx !.. :p




p/s : xdapat nak upload banyak2..memang kesian tenet sangatla slow. . huhuh..

tata korang..

thnk you 4 reading this entry..

salam. :)

Wednesday, 7 December 2011

BUDU makanan wajib org KELATE!

assalammualaikum..


Bila disebut pasal budu nie ia amat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Percaya atau tidak hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka! Betul ke? Tanya lah orang Kelantan, sy orang Perak. hehe Erm.. apa yang bagusnya pasal budu nie?

Buat pengetahuan korg sume, terdapat banyak kelebihan budu nie. Sehinggakan kandungan budu ini dikaji oleh saintis barat untuk mencari khasiat budu dan kelebihan budu itu sendiri. Di bawah ini adalah artikel yang menceritakan pememuan khasiat budu oleh pengkaji.

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan

reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner
akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.. huh memang tinggi khasiat budu ni..namun x tahu pulak sampai dibuat kajian bagai..

ok! moge info yg dikongsi mendapat manfaat kpd korg semua. manela tau kot2 bakal bf/gf / tunang or suami/ isteri korg ore kelate. xdelah kekok sangat nak mencube selepas tahu khasiatnye.. ye x?. hehe

p/s : xde kaitan dgn bf org kelate.. hahaha


sekian.. :D.

Sunday, 4 December 2011

tak nak tgk awak sedeh

saya nak tengok senyuman awak.

jangan risau,
kita banyakkan doa,
semoga jodoh kita nanti,
bersama dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Pencipta juga.

Ya Allah,
tetapkanlah orang yang mencintaiMu, mencintaiku.

perempuan.
hatinya lemah.
mudah rapuh.
mudah kecewa.
mudah menangis.

tanpa saya sedar.
lelaki juga begitu.
anggapan saya lelaki tidak akan begitu.
tidak akan kecewa,
tidak pernah serius.
tidak akan sedih.

namun,
hanya kerana satu.
yang bernama Cinta.
tidak ada bezanya lelaki dan wanita.
ok?

ni nasihat saya.
kalau awak tak nak terima,
saya minta maaf.



haha.
terpulang awak nak cakap apa.
mana yang baik, kita jadikan teladan.

Moga kita sama-sama mendapat redha Allah Swt. amin.. :)

Saturday, 3 December 2011

Hawa

salam.


Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita..

Friday, 2 December 2011

pagi

belum mahu menutup mata. akhir akhir ni mata bukan berfungsi pada wktu yg sepatutnya. heran. nak kata banyak tidur, kurang. mata makin degil utk mengecil.. esok pagi baru terhegeh2 lerlari mencari. mata kau akan mengecil.dan kau pun akan bersengguk2..ahh malulah kalau org lain tengok.

doa mendapat jodoh yg baik..

assalammualaikum..

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,

Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya..


salam..

Saturday, 22 October 2011

peringatan.


Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang.. MELAINKAN mereka yang etap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana..dalam perjalanan kehidupan kamu belajar tentang dirimu sendiri..dan menyadari..bahwa penyesalan tidak seharusnya ada..HANYALAH penghargaan abadi yang ada atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah engkau buat
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati..dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus..sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang..CINTA?

Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya. Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum kepadanya sambil berkata ‘Aku turut berbahagia kerana Kau bahagia`
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang. Tapi, ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia..dapat mencintai seseorang..LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri..
MENCINTAI..Bukanlah bagaimana kamu melupakan..melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. Bukanlah dimana kamu saling menguasai, melainkan dimana kamu saling BERBAGI. Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan..melainkan bagaimana kamu MENGERTI. Bukanlah apa yang kamu lihat..melainkan apa yang kamu RASAKAN..Bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu MENGIKHLASKAN
Apabila cinta tidak berhasil..BEBASKAN dirimu.. Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI. Ingatlah.. bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati bersamanya.
Akan tiba saatnnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang, BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita. MELAINKAN kerana kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita lepaskan..
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan..Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah..melepaskan BUKAN akhir dari dunia..melainkan awal dari suatu kehidupan. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari..dan mereka yang telah mencuba..Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hati tapi kadang kala teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari…

Friday, 22 July 2011

bukan luar biase



tadi baru je lepas hangout ngn kawan2. thx umu blanje! :D  
so b4 2 amik gambar dl la ehh..
if korang kurang selesa juz swch off the tab okeh..bosan?.. sya x tanye kamu.. :)
sy yg bosan..hehehe.. :P tht y melaram ngn gamba2 gedik ni sekejap..
wuhuuu.. 
hello assalamualaikum :)..
 title kat atas tu xde kaitan pon sangat. juz nak shre cikit je. xbanyak. dah pernah jatuh cinta?.. ha.. kat bwah ni ada liric yang agak2 menarik jgk. bagi aku lah. bagi korg cube2 la tgk dl ehh.. 

b4 2 cuci mate korang jap.. hehe.. ;p


     





lastly enjoy the liric..

akhirnya aku bertemu
Cinta yang ku tunggu tunggu
Apakah ini namanya cinta
Pada pandangan pertama
Sungguhku tak percaya
Aku telah jatuh cinta
Cinta mati dengannya
merasa dunia hanya kita yang punya..
Cinta ini buta kenapa hanya dia
membuatku bahagia
membuat aku gila
Dan kau satu2nya
yang hanya aku cinta
yang hanya aku minta
Membuat aku gila
Sumpah Aku Cinta Dia..
Dia bikin aku gila
kenangan yang tak terlupa
sumpah aku cinta dia..

 - baby blaze feat saykoji - <3

thx for viewed this entry.. :)



Thursday, 14 July 2011

a few days more

OMG dah 18 hari?.. kejap sangat.  lately jarang sangat online sejak boiplen blk malaysia.. gune hp

sudah. hehe.. now there r few days before he returned 2 arap. so sad. but he flight maybe will be

postpone 2 days. so ada mse lgi. after this November wll be meet again. kali ni sebulan pulak

bercuti..yeayy!!!!...

hello all.. assalammualaikum....how r u?..

arini baru dapat updated blog yang idup segan mati tak mau ni. macam dah xde panghuni je..uhu..okeh

macam biasa like entry2 b4 ni saya masih bercuti semesta. after raya puasa baru

strt smesta blk dalam awal bulan 9 cmtu. now dah bulan 7 n then awal  ogus dah mula puasa + raya.

hurm tak lame lagi.. Puase kamu semua dah ganti?.. baik cepat2 ganti sebelum terlambat. masih ada mase lagi ni..

selama x on9 ni beberapa hari habiskan mse dengan boiplen. x lame pon juz 3 hari je. 27 june he arrived

then 28th dah dating.ecece..2 pon petang 30 june dah kene gerak blk umah. coz the next day my abah

need to go to Jakarta + bandung for 5 days. so i will be at home b4 1st july. as usual accompany my

mum...

that day he pick up me at ktm Bt 3 then trus g makan. as usual makan kat SACC mall jelah. senang.

past order terjumpa my senior (k. Fio) n cousin dia pulak. makan kat tmpat yang sama. tapi tak dapat nak

sembang lelame pon coz k. fio dah nak gerak n nak hantar csin dia katanye.. sokey la.. next sem jumpa lagi..hehe..

3 hari dating x jenjalan jejauh pon. juz teman dia g check up n g putrajaya. pagi2 lagi dah keluar dalam

pukul 8 cmtu teman dia g medical check up at KPJ hospital. after 2 baru g breakfast kat khulafa sec 7.

makan makan plus sembang2 jap terus gerak ke putrajaya pulak tok setelkan kerja2 dia. kene buat

cepat2 nanti senang tak yah dok pikir2 lagi. nak cuti pon best je. sume bnda da setel kan.. ;)

29 june sempat jugala tengok movie transformer..hoho ramainye orang. yang berkemeja pon ramai ( ni mesti curi tulang ni )

coz time tu pukul 2 lebih kot. time office hour lagi..haha buat kerja dalam pnggung wayang eh korang..

uhuh movie ni sedikit membosankan lah. duration dia sangat la lame..

sepatutnya dah bole habis kot. ni x dok pusing2 lagi..sampai saya tertido sekejap..hehehe nampak x bosan disitu!..

2 hari lepas dia singgah sekejap kat rumah b4 balik ke besut..datang ngan abe kimi. alang2 lalu cini so singgah

skali.. menu hari 2 nasi ayam dengan mee kari je..datang tengahari so bagi makan sekali la senang kan.

wahhh best tengok dorang makan. berselera nampaknya. xtaula sebab sedap or sebab dorg tengah

lapar..hehehe.. :D.. nway best dapat bagi orang makan sampai kenyang.. hehe :)... love it!!

sofar 2 jela tok kali ni...xtau nk tulis pape dah.  n 1 more thng. i get a new nephew yesterday..hahaha tambah lagi sorang..so skrg dah 7... :)..

bai.. thnx 4 read this entry..

salam.

Sunday, 26 June 2011

Monolog 0



hati keras.. jiwa lembut

hati lengang.. jiwa kosong. knp?

mana pergi dia hilang?

menangis barangkali..

entah ape ape jela kau ni.

lembik sangat. cube kuat cikit. tunjukkan kau 2 mampu. 

biar nampak lembik.. yang pasti jangan mereka tau kau lemah. 

belajarlah berpura-pura. tak salah! berlakon kadang kadang best jgk bukan?.. 

tak tahu?. tak tahu yang nak bagi kau tahu.. 

senyum selagi mampu, sabar selagi waktunya. diam selagi tiada apa apa

jgn bimbang!. masanya tiba saat ia benar2 untuk kau. pasti! itulah untuk kau. khas untuk kau. 

eye aku x tipu. DIa dah katakan. knp harus bimbang...









Monday, 20 June 2011

apemacam?..wahhh Terbaiklah korang!!!.



assalamualaikum semua..



Hurmm pepagi buta cmni tibe tibe tergerak hati kekonon nak update velog. dah lame jugak tak conteng  + merepek kat dalam ni. windu semacam plak rasenya.. ececece.. tapi rindu tu xdela sampai cam tunggu suami or tunang or boiplen yang dok jejauh lak kan.. rindu biase biase je ni. windu yang xde makne la senang cakap..bak kata orang if tak dapat tulis pun xpe..ha kan senang terus terang ;p

      
bukan rindu cam ni ehh..

Okey berbalik pada topic kali ni saya tertarik untuk berkongsi rase tentang result exam . result ni baru je keluar jumaat lepas. masih fresh lagi la ni. ni result bagi student2 je tau. bukan result dapat kerje ke, result interview ke, result tunggu pinangan ke..ehh2 bukan..result dapat boiplen baru ke..ehh2!! lg bukan. ekau merepek kemane ni ha?haha.. okeh! if result tu mak tak mahir lagi dek non oiii...mak tau result exam je yang lain lain tanye orang sebelah!.. orang sebelah? ce tengok ce tengok ada ke idak orang sebelah..uhuhu.. (toleh sambil tutup mate) memang tak nampak lah kan.. ;p 

Amacam dengan result?.. puas hati? gembira hati? sakit hati? makan hati? terase hati? dengki hati?..dan hati hati binatang sekalian. ni x termasuk lah.!.gembira tak ngn hasil korang selama 1 sem ni?..1 sem lebih kurang dalam 5 bulan camtu tambah tolak ngan cuti sekali.. tak lame, tak kejap.sedang sedang je kan. sempatla merewang kehulu kehilir dulu b4 stdy..ehehe eye idak?..korang tak payah nak tipu..tau sangat kalo duit ptptn kat tangan kompom shopping every week end.. sebabnye orang yang tulis ni pon 2x5 jugak. hehe tp xdela sampai every week end. aku tiap tiap hari..hhaaha memain.. cakup banyak sangat ke dt ptptn tuh??..uhuh

Bagi aku 1 sem belajar bukan saja tok dapatkan ilmu tapi tok dapatkan gred yang bagus jugak. yelah korang bayangkan if belajar 1 sem tapi yang korang dapat hanye lah C or C+.. tak ke sia sia je belajar tu.. ehh salah. bukan sia-sia tapi kurang memuaskan.. maksudnya macam korang hanye dapat 40-50 % je dari apa yang korang belajar tu.. aku rase macam tak patut la dan sure la korang rase tak best kan..aku pasti kebanyakan lecturer2 sume bagi 100-200% ilmu pada semua student2 dia. (mungkin ada mungkin tidak) tapi terpulang pada stdnt2 ape yang dorang mahukan dan tahap mana kefahaman dorang tentang subjek tu. manelah tahu kot2 x minat ke, begaduh ngn lecturer ke..hurmm entah.. ni mungkin barangkali bole menjejaskan prestasi seseorang bukan?..x pon markah tak berapa nak kasi lebeyyy la..haha..Dan satu lagi sebagai seorang pelajar aku patut tahu ape sebenanya yang lecturer mahukan supaya kesemua pelajar2 boleh mendapatkan A dalam semua subjek. dan aku rase persoalan ni bukan hanya di fikiran aku tetapi mungkin student2 lain juga.. sebabnya pengiraan markah bukan 100% exam tapi termasuk esemen + quiz skli kan.. takpe masuk sem baru ni aku "pakse" lecturer bagi A.. tak ke gembiranya if semua subjek bole dapat A...wahhh... bestnye..( start verangan dah ).. aku dapat bayangkan pasti aku terjun tingkap yang tak berapa nak tinggi lepas dapat tau result. sambil meronta ronta macam anak beruk yang tak mandi setahun..hari hari aku pasti tersengeh 27 jam.. mengalahkan orang baru becinta. tengok cite sedey pon senyum. ni dah sah mereng..agak agak la nk verangan pon kan..huwaaaaa... :P mampu verangan jelah dulu.

lompat tinggi2 cikit..

    


Result macam mane sekalipun korang harus bersyukur tau ( korang ni including me jgk lah).. alhamdulillah sekurang kurangnya xde yang repeat dan untuk sem akan datang harus buat yang lebih baik dari sekarang.. kene lebih facus!. focus bukan tang hidung, tang mulut, tang mate lecturer tu... tapi focus tentang subjek!  okeh?..sep cikit...  :D

Sebelum terlupa mari sama sama amalkan doa ni..doa ibu bapa & guru

Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya. Ilhamkan kepadaku ilmu tentang kewajibanku. Gabungkan bagiku seluruh ilmu itu secara sempurna. Gerakkan aku untuk mengamalkan apa yang Kau ilhamkan kepadaku. Bimbinglah aku untuk melaksanakan pengetahuan yang telah Kau tunjukkan kepadaku Sehingga aku tidak kehilangan waktu untuk mengamalkan apa yang telah Kau ajarkan kepadaku dan anggota badanku tidak berat untuk melakukan apa yang telah Kau ilhamkan kepadaku

Ya Allah
Indahkan kepada mereka ucapanku. Haluskan kepada mereka tabiatku. Lembutkan kepada mereka hatiku. Jadikan aku orang yang sangat mencintai merekaYa Allah Balaslah kebaikan mereka karana telah mendidikku. Berikan ganjaran kepada mereka karena telah memuliakanku. Jagalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku pada masa kecilku

Ya Allah
mereka mempunyai hak terlalu besar dari diriku. kebaikan yang terlalu utama terhadapku. perberian yang terlalu banyak bagiku sehingga aku tidak dapat membalasnya dengan adil atau memberikan timbalan sepadan Ya Allah. Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya. Istimewakan kedua orang tuaku dengan yang paling utama dari apa yang Kau istimewakan. wahai Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi..




itu saja tok entry kali ni.. doakan sya dan sya doakan untuk anda semua.. 
jmp lagi di entry seterusnya.. akhir skli.

senyumlah..  :)



~~~ hepi weekdays semua ~~~ 

salam..






Friday, 3 June 2011

News




Assalammualaikum..


 Firstly Al-fatihah buat rakan ku Mohd Denial @ danny yang telah kembali kerahmatullah pada 2am 3/6/2011. sememangnya Allah lebih menyayanginya.
 Moga arwah di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan soleh..amin..
sesungguhnya kami kehilangan seorang rakan bagi meneruskan perjuangan kami. 
kabar ini sy terima dari rakan baikku ana pada pukul 3 pagi yang menyatakan rakan kami telah pergi mengdahului menghadap ilahi dan meninggalkan alam yang fana ini. 
sebelum ini keadaan arwah kritikal disebabkan kecelakaan jalanraya 2 hari lepas dan telah ditempatkan di hospital Serdang.


ini gambar terakhir (mungkin) ketika trip ke Melaka




arwah adalah student animasi part 3 yang sangat cool dan pendiam yang akan sentiasa diingati.. :'(


walaubagaimanapun sebagai manusia biasa hidup harus diteruskan dan kami akan terus berdoa moga arwah aman disana..
kami tidak akan melupakanmu daniel..
Al-Fatihah.

....................................................................................




Pejam celik pejam celik dah sebulan bercuti dekat umah. 
wince la pulak. hihi but boring!..dont let me wrong keh!..not 4 setting at home bored. but the reason tak de buat pape..hhi :D..my friends maybe sebuk to find the work. ada yg buat short sem, some are priktikal and me? aku dok sebuk merehatkan diri..hihi 4 months woooo...ehh2 3 months more. sukenye want 2 enter a new semesta. want 2 finish this stdy.. tak saba! nak cepat cepat abis. nak macam macam lagi pasni. n that y kene quickly.. dah kenapa?? hihi..over xcited pulak..
maybe u must wonder y i did not work 4 months ni kan..? bukannya tak nak. but my mum did not allow la.. bagi mak time cuti ni la nak dok umah. later when entering stdy there is no time at home anymore.. balik pon sebulan sekali je 2 pun if xde pape kerja. awal2 semesta can alyaws return la kan..in a month or 2 xde waktu dah. week N pon dah macam bukan cuti je. ada je kerja yang tak setel2 lagi. kena submit or anything lah.time 2 la baru sebuk ingat nak cuti panjang kan?..padan muke! :P. 
memangla s.alam 2 tanjung malim just 1 hour je tapi if banyak kje sangat x bole la nak balik. mak n abah je yang selalu datang..hhihii...
terima kaseh makabah  :D
time musim duyan aritu sanggup mereka datang bawak durian. adala 5, 6 bekas. harum 1 umah. nasib baik ramai kawan kawan yang habiskan. mana taknya. ada yang hantu doyan..hihi :D


riuh rendah umah this week.. 
there r 3 dara pingitan berkampung in the house..hehe.. school holiday cmni la gayanya. 3 org anak dara je. but a sound beating screaming jacklin victor..haha.. like going to pinch their je..kuikuikui...tetibe jahat..hihi tapi memang patut. sakit telinga ni dengar. but xsampai hati pulak. marah2 bolehla..haha ;p 
nih die kasi tengok 3 dara pingitan yg suke sangat buat bising tuh ..huhu



Nurhana Safiyah
ha ni budak sentap namanya. dia ni suke sangat sentap sentap nih..
nk mandi sentap, time makan sentap..
kadang2 takde angin xde ribut tibe2 sentap jgk.. uhu


Syazwina Damia
kaki jerit..bukan kaki yg suke jerit..tapi mulut 2 yer..
badan je kcik, tapi if jerit sampai hujung kg bole dengar..
ecece smpai hjung kg yer?.. :P


Nurhani Afiqah
ni ketua mereka2 ni..tapi lembik cikit. dia yang mrh budak2 ni dia balik yang nangis..
hahaha..




baru sebulan bercuti macam macam benda terjadi.. ada yang sedeh. Masuk sem ni dah takkan jumpa lagi dengan daniel. Ada yang hepi sebab masih mempunyai keluarga, adik beradik, anak anak buah dan  Teman di sisi. Dan untuk yang seterusnya terus berdoa moge perjalanan yang dilalui akan dilindungi dan diberkati. Moge tiada lagi perkara yang boleh meruntuhkan jiwa ini. Amin..


terima kasih sudi membaca :)







Friday, 27 May 2011

jejak kaki

assalammualaikum..


how r u reader? good?..alhamdulillah :)


Arini pagi pagi lagi dah dapat maseg hepi week End dari ex-bos time kerja dulu. hehe dia ingat lagi! even dah berpindah pon masih lagi rajin bertanye khabar. sikap macam ini lah tak ada pada semua orang. bukan semua orang begini..ayat macam same je?..hurmm lebih kurang!..hehe..tiap kali dia cakap "boh sentiasa doakan yang terbaik tok ela" aku rase sangat tersentuh. have someone that nothing between us say so.. dia dah aku anggap macam ayah. yes he always give me advices, good advice. share somethng exprience that no one can shre same like him and the one thing that  i really2 speechless when he convince me that one day i can be someone.  ya Insyallah!. "be a person that win today"..pengalaman yang lalu banyak mematangkan aku. semua orang ingin berjaya, tetapi mungkin dulu jalannya masih kabur untuk aku. kenapa lambat sangat untuk aku nampak. lihat? hati tersekat oleh apa? mata hati aku rabun or buta?..(persoalan sekarang tentang dahulu) masih mencari tetapi biarkanlah. DIA yang mengatur aku. dia tak beri aku dahulu, tapi dia beri aku sekarang. ALHAMDULILAH..mungkin nak beri aku matang sedikit baru hendak diberi kot..hehe.. (suke?..tak..) 

Walaubagaimanapun syukur semuanya telah berakhir.. harapnyalah!. :) sekarang biarlah aku lalui pengalaman menuntut ilmu lagi dan lagi...seronok! hepi! sedeh! geram! semua bercampur campur. yelah masing masing datang dari latar belakang yang berbeza. mungkin orang ni lebeh disini kurang disana. sama juga seperti aku.. :) we complement each other. yeahhh.. aku terima sahaja mereka ini yang memeriahkan hari hari aku. hopeflly mereka pon sama..dont selfish, hypocrite, lazy sudah. kene tolerance dengan semua orang. :) :D..


Untuk bulan ni saja kad undangan kwin da ada 5 undangan.. seronoknya..hepi je untuk mereka2 ni..   
(Ody, Ika, Bakyah, azmil , En Fuad ) doakan semoga kalian bahagia ever n after,insyallah.! :D walaupun bukan diri sendri yang lalui tetapi kebahagian dorang boleh dirasaii..cewahhh..hahah.. kadang2 aku pulak rase nak lalui macam dorg...siyes aku nak rase!! tapi bile?..uhuh naluri ni dah ada cikit2..amboiii gatai..hohoh..tapi rasenya tak salah kan ada perasaan camtu..orang yang tak de perasaan n gyler je tak nak kawin..uhuh. umur mkin lama makin bertambah, tapi harus sabar sedikit je lagi..bersabarlah ye. habis kan dulu blaja ni.. walaupon ada rase macam tu tapi ingat balik pasal belajar, hurmm hati jadi lega pulak.. sokeyla..boz aku penah cakap...sabar itu berhasill..insyallah la.. :)..tapi aku tak suka sangat mengharap tanpa membuat apa apa..juz cakap kosong je tapi nothing..what for?..dalam relationship pada aku mesti ada hitam putihnya juga. mesti harus ada ikatan yang membuat kita jadi yakin. yakin untuk tahap seterusnya. tak gitu?.. dan punya ikatan mungkin bertambah semangat untuk membuat apa apa. bak kata orang sebagai motivasi untuk lebih berusaha.. itu pada aku. pada korang?..masing masing punyai pendapat sendiri. aku tak cakap aku betul, juz cakap apa yang aku rasa sahaaja.. :D hehe..


itu sahaja untuk kali ini..maaf sekiranya ada yang tersalah kata or tulisan.. :)



thnx 4 read this entry.. :D