Saturday, 7 May 2011

Suara Senja

jiwa muda berkata..jiwa muda kadang kadang bertanya. tapi tak punya apa apa bukti sebenar.
sekarang hanya mengikut gerak gerak hari yang sentiasa bersama tanpa sebarang henti. titiknya pula sentiasa sama. jangan kau usik. jangan kau ganggu waktunya. dia bisa memutar masa sampai bila bila. 
sekarang kerja hanya lah kita. aku penjiwa yang setia. setia menanti waktu dan masanya. jika benar dia adalah dia. maka alhamdulilah ku panjatkan kepada yang maha esa. jika dia adalah sebenar benar bukanlah dia maka jauhilah dia dari jiwa setia. aku takut. aku bingung dengan tanda tanya. kenapa mesti begini? begitu?bagaimana? bila? siapa? jangan ditanya!... kenapa mesti ditanya??. sebab aku tiada jawapan yang benar benar! aku tiada!!. tiada apa yang harus aku suarakan untuk itu. aku sesak. aku lemas dalam jiwa yang sering meronta. jika aku punya jawapan akan aku khabarkan seluas luasnya. biar mereka tidak perlu lagi berteka teka. aku tidak mengharap apa apa. kerana kami punya laluan kanan dan kiri. ikutlah apa sahaja yang kau suka. aku akan diam tanpa banyak bicara. bukan suka. bukan tidak setuju. tapi aku menghormati. itu prinsip aku. kau ada misi kau sendiri. begitu juga aku. jadi sampai saat aku mula bicara jangan dihalang kehendak jiwa muda. 
jiwa muda selalu merasa. aku insan biasa yang punya jiwa. jiwaku mungkin tidak sama dengan mereka. tetapi mungkin sama dengan misinya. ya mungkin sama! bersabarlah kau wahai jiwa muda. sesungguhnya kau punya jiwa pembawa. jangan dinanti perkara yang belum tentu kau punya. beralihkan kepada cuaca sebenar. jangan kau tidur sampai lena dan terleka selamanya.. bangunlah. bangunlah wahai jiwa muda.


p/s: jangan di nanti apa apa :)





No comments:

Post a Comment