Monday, 31 December 2012

End of December! (Last entry)



Bismillah Hirahman Nirahim. Assalamualaikum uolls..


Beberapa jam je lagi tahun mula berubah. Dari 2012 berganti 2013.. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih aku ingat lagi moment2 indah penuh warna warni awal tahun aritu.. rasa baru semalam. Putaran waktu kadang kala membuatkan kite terfikir bahawa nestinasi kita yang hakiki makin menghampiri. Entah esok atau lusa. Tahun 2012 akan kita tinggalkan dengan penuh kenangan yang tak akan berputar kembali. Walau indah, walau bahagia, walau sedih, walau derita ia tetap di tahun 2012.

Mahu dibawak moment itu ke tahun 2013? Mana mungkin bisa. Itu kenangan yang dah dicipta. Dah dilalui. Dah dirasai. Dah digenggam, tertulis kemas dan tersimpul di dalam buku 2012. Bahawasanya kite sekarang di chapter terakhir.

Mahu saja ditulis satu-satu moment indah itu. terlampau banyak. Mahu senyum ketelinga. Mahu dikata buku 2012 aku dah terlepas. Banyak yang manis dari pahitnya. Alhamdulillah. Sampaikan pahit langsung tak terasa kerana dilimpit oleh manis.

Walaupun perjalanan panjang 2013 sudah tertulis bagi kita laluinya nanti, aku mohon dengan izin dan rahmatnya. Jadikan kita manusia yang disenangi, dihormati, dirahmati, bukan sahaja untuk manusia, tapi ESA.

Esok, 1.1.2013 chapter 1, muka surat yang masih kosong perlu dilakarkan. Bagaimana coraknya kalian? Masih belum difikirkan kan? Semoga tahun 2013 menjadikan kite lebih facus dan menuju ke matlamat yang sebenar. Apa sahaja yang dirancang dimudahkan oleh yang ESA. Allah ya Rabb. Memohon agar ALLAH SWT membimbing kita semua dan jadikan jalan- jalan itu penuh diredhai.. guard ME Allah. Guard US!! We deeply need U.

2013.. Tolong datang yang indah2 saja ya.. J  

P/s : Sayang Lillah Taala kedua ibu bapa dan familyku, kedua bakal mertua, ehh?(insyallah) rakan-rakan yang disayangi, adik2 jannahku & juga partnershipku.. moga semua dirahmati. Saya sayang kamu semua.. 


Salam akhir untuk tahun 2012~~ 

Saturday, 29 December 2012

DETIK!



Lama aku melihat Kina termenung. Duduk betul-betul dihadapan tasik yang nyaman dibawah pohon yang rendang. Itulah tempatnya jika hatinya gundah. Barangkali. Aku Ingin sekali menyapa, tapi melihatkan keadaannya begitu kaki pantas sahaja membelok. Dibiarkan terus Kina begitu. Bukan tidak menghiraukan, tapi takut bila emosi dan rasional tak selari nanti.

“Aku pasti bersamanya”. Bisik suara hati.

Menjelang magrib tiba, baru kulihat wajah redup Kina melintasi bilikku. Aku lega walaupun dia tidak menyapa. Sekurang-kurangnya aku tahu dia ada. Kina seperti biasa akan terus membersihkan diri lalu menunaikan kewajipan seorang muslim yang azali. Dari ruang bilikku, kedengaran suara halus itu mengaji. Aku tersenyum sendiri. “Ehh terlupa! Aku juga harus mengangkat kaki, melunaskan apa yang berbaki."

Seperti biasa selesai saja solat barulah susuk tubuh itu akan kelihatan diruang tamu. Duduk menghadap meja study. Itulah rutin harinya dengan gelaran pelajar Master yang akan diakhiri tidak lama lagi. Tapi malam ini Kina langsung tidak mengjengah keluar. Pintu biliknya tertutup rapat. Hanya cahaya dicelah-celah bawah pintu yang kelihatan. “Masih mengaji bisik hatiku lagi.” Aku tahu itulah caranya dia tenangkan diri.

Kina seorang perempuan yang lemah lembut, jiwanya halus. Pantas je air mata tumpah ditikar sejadah. Dah berapa kali juga Quran yang dibawa itu basah. Kerap! Itu yang kulihat dari dulu. Susah meluahkan pada manusia. Kina pernah kata,“manusia tak kan faham Kina, biar Kina mengadu padanya. Kina lega.”
 Sejak aku kenal Kina 2 tahun lalu, mulutnya berat jika melibatkan hal-hal yang remeh. Bersembang jika ada yang perlu.  Aku cerita gossip hot pun jika dia tidak berminat, ya saja jawapannya. Tak menambah, tak juga mengurang. Betullah kata pepatah, “lagi banyak bercakap, lagi banyak menambahkan dosa.” Baru aku faham.

Lama Kina diam begitu aku gagahi juga mengetuk pintu biliknya. Kupulas tombol pintu yang tidak berkunci. Kulihat Kina masih ditikar sejadah membelakangi ku. Quran merah itu dipelok erat ke dada. Ada esakan yang cuba disembunyi. Ku cuba genggam bahunya. Biar dia tahu kehadiran aku.

“Kina” … ayat itu yang terkeluar.
“Sarah” … Kina menoleh, dengan senyuman dia membalas. Terus tubuhku dipeluk. Dada kami bersatu. Erat. Dup dap jantungnya ku rasa. Deras. Aku membiarkan saja Kina begitu. Walau tidak bersuara, aku yakin hati kami sedang bermonolog. Air matanya masih laju mencurah-curah. Ku biarkan jatuhnya kebahu. “Menangisla Kina. Jika itu membuatkan kau tenang.” Pintaku.

Pelahan-lahan Kina leraikan pelukan. Dia menyapu air jernih itu sambil bibirnya tersenyum. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan.  Ku tatap wajahnya lama. “Kina okey?” aku cuba menyoal. Kina hanya menganggukkan kepala tanda jawapan. “Alhamdulillah Kina okey Sarah.” Ringkas.

Kugenggam lembut tangannya. Mata kami bersatu. Air mataku tidak tertampung lagi. Jatuh jua. Mana mungkin aku sanggup melihat rakanku begitu. Kina wanita tabah menyembunyikan rasa hati. Aku tahu jiwanya bergelora. Walau dasarnya dia tenang, tapi ada jiwa yang sedang diduga.

“Safuan Hadi..” Kina mula bersuara. “Kenapa dengan Safuan? Tunang Kina?” tanpa  sedar aku tergesa-gesa. Kina membisu lama. Aku cuba berada di dalam kasutnya. Cuba memahami derita dia. Kami sama-sama terdiam dan..

 “Kina sayangkan Safuan, Sarah.” Kina sayangkan dia. Wajahnya terus ditundukkan. Dah 3 bulan Safuan senyap tanpa berita, Kina risau.” “Kenapa Kina cakap macam ni Kina. Tak lama lagi kan korang berdua akan bersatu. Insyallah Kina. Banyakkan berdoa moga jodoh dimudahkan.”
Kina serahkan kepada yang Esa, Sarah. Dia maha mentadbir. Kina redho.”

...............................................................................
Email yang lepas ku buka. Tertera email Safuan_kina@yahoo.com di inbox. “Ni mesti ada hal mustahak. Kalau tak safuan tidak gemar begini. Hanya Kina wanita yang perlu dijaga.” Aku cuba meneka.
Salam..
Sarah, tolong Safuan jagakan Kina. Safuan tak mampu nak bersama ngn Kina saat-saat macam ni. Kina perlukan sokongan. Safuan thu Sarah mampu. Safuan janji akan bersama Kina nanti.
Safuan Hadi Ahmad.
…………………………………………………………………………………….

“Allah maha dekat, penuh kasih sayang, tak kan kubiarkan kau menangis.. Allah Rahman Allah Rahim.” 

“Kina!! kina!! ..” Ku cuba ketuk bilik Kina berkali-kali. Tak dijawab. “Hurmm tertidur ke Kina ni? Jap lagi kan kelas. Ishhh Kina ni. Aku mengomel sendiri sambil menjeling kearah jam dinding. “Dah 7.45am. Selalunya time macam ni Kina dah bergerak ke kelas.” Aku cuba mengetuk pintu biliknya lagi. Kali ini dengan agak kuat. Tak dijawab juga.

Sah tidur mati Kina ni. Dengan telekungnya yang tak berbuka. Ni mesti tertidur lepas subuh tadi. Aku senyum sendiri. Kulihat tubuh Kina terbaring bujur diatas katil yang empuk. Dipelok erat Quran di atas dadanya. Suci muka Kina. Tu yang terkeluar dari mulutku.

Dua tiga kali kucuba gerakkan Kina. Tak dijawab. Tangan yang tadi erat longlai ke bawah. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Cepat-cepat kupanggil rakan kuliahku ke rumah...
Kepadamu kami datang, kepadamu jua kami kembali.. Sakinah Saima

Semua berjalan dalam kehendakNya. Nafas hidup cinta dan segalaNya. Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi. Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi. Bila mungkin hidup hampa dirasa. Mungkinkan hati merindukan Dia. karena hanya denganNya hati tenang. Damai jiwa dan raga. 

p/s : hanya rekaan semata-mata

Friday, 28 December 2012

Ours!


The mini of me! ;p







p/s : when 24hours doing nothng u can be like me.. hewhew ;p
Omaigowd.. report!! 


Thursday, 27 December 2012

Come Again



Bismillah Hirahman Nirahim

Orang kata setiap hubungan pasti akan diuji. Lambat laun ujian itu pasti dihadapi. Tak kisahlah sebesar, sekecil, sehebat, seteruk mana pun. kalau namanya ujian, manusia mana yang mampu mengelak? Kita tetap akan diuji. Cumanya bagaimana kita melihat dan menghadapi bentuk ujian itu. Semuanya tidak sama. Saya takut jika diuji, takut tidak bersedia. Takut tak tertanggung. Takut x.. abaikan

Ternyata dalam diam-diam saya sedang diuji sebenarnya. Sedang menempuhnya. Diuji dengan syg dan rindu. :)  Mungkin saya tidak diuji dengan masalah yang lain. (owhh tipu. ADa!) tapi diuji dengan ujian macam ni tak dikawal dek hati. tibe-tibe. Subhanallah. Moga syg dan rindu ni tak melebihi syg dan rindu saya kepadamu ya Allah.. Saya takut.

Long distance relationship sangat menuntut kesabaran dan juga tolak angsur. Yes! those soppy days without your boyfriend by your side. Huk huk. saya merasai. Tapi inilah yang harus ditempuhi. J Di dalam hal ni communication yang baik sangat lah membantu bagi memelihara dan menjaga hubungan yang dibina. (the most important is communication!) yang lain-lain juga penting, tapi cerita ini dulu. Saya tak nak terlepas walau sehari. Boleh? 5 minute pon is enough. cukuplah.lepas tu bole tidur dengan aman :)

Macam2 medium yang boleh digunakan tok connect each other. Msg, Ym, skype, videocall, whatsepp, viber, line and so on. So many. ( sy x la gune semua tu) ;p And if u don’t have do this how come the relation will going well syg. Dunia tanpa sepadan dan internet sentiasa dihujung jari sekarang ni tak ada apa yang mustahil. Jauh beribu batu pon still boleh connect. So boleh la kurangkan sikit rasa rindu tu..hukhuk!  Bukannya apa, just nak bisik, Orang bisu pon pandai berkomunikasi gune video call tau. Guna bahasa isyarat ;p

kenapa kata begitu? Kerana tanpa saling berhubungan masalah lain yang mungkin akan timbul dan salah faham akan berlaku. Relationship begini memerlukan both mengetahui daily activities for each other (bukan mengebuk). Tapi if anything happen masing-masing dah di inform lebih awal. so nanti tak ada lah yang terkejut, kecik hati or cemburu tak tentu pasal. Betul?

Pon begitu ni jgk membantu sekiranya if family, kawan2 or anyone yang cari. Kan senang sebab dah tahu activities each other. Then bole la cakap..si gadis tak pick up the phone sebab line problem.. si kumbang tak reply msg sebab ada discussion group, duty..oppss.. owhh kan mudah tu? So practice lah. Tak susah pon kan. J

Hopefully diuji dengan rasa begini membuatkan saya sentiasa menyingati Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. Amin :)

Saya tak nak terlepas dengan beautiful moments begini. biarlah saya lalui dengan rasa tenang dan sabar. Sayang dan rindu tu Allah yang bagi kot. so nak cakap ape? just handle ur emotion, ur soul, ur heart and urself carefully.. Balancing kan lah. :D

Rasulullah SAW bersabda tentang Sayidatina Khadija r.ha..bermaksud ;
“Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya.” (surah al-A’raf)

Ternyata, Nabi junjungan kita juga diuji dengan sayang.. inikan pula hampa yang kerdil.. sebaik-baik umat adalah yang mampu bersabar dengan ujian. Sabar itu berhasil. Insyallah.

p/s : ok dah tenang dapat luah.. hewhewhew..

Salam. thnk read this entry yo!


Friday, 7 December 2012

NIKMAT SUNYI



Bismillah Hirahman Nirahim..

Sunyi sering dikaitkan dengan keseorangan, kesepian dan sebagainya. Ada kala kesunyian mampu membawa kepada perkara yang negatif mahupun sebaliknya di dalam kehidupan harian. Hal ini bergantung kepada setiap individu di dalam membentuk nilai kesunyian itu sendiri. Anda mungkin tertanya-tanya kenapa “nikmat sunyi”? kenapa tidak seksa sunyi? Bukankah sunyi sesuatu yang hampa, yang diabaikan? Disini ingin sekali berkongsi nikmat sunyi bagi pandangan peribadi saya sendiri.

Sunyi membentuk nilai pada diri saya. Ia mampu menyedarkan saya tentang manfaatnya dikala sunyi. Mungkin bagi sesetengah orang, waktu sunyi yang dirasai ini, mereka akan mencari teman untuk berseronok, untuk berhibur bagi mengisi ruang hari yang kosong, melayani teman-teman (biasanya berlainan gender) di alam maya dan sebagainya. Tapi pada saya ianya tidak perlu. Cukup sunyi itu saya rasai sendiri. Biar saya tahu sunyi itu apa sebenarnya. Saya perlu manfaatkan masa sunyi itu bagi muhasabah diri, lebih mendekatkan diri pada siapa pencipta saya. Membaca adalah satu-satu perkara yang membawa manfaat untuk kebaikan dan bimbingan saya kelak. Itu yang menyumbang kearah kebaikan bagi diri saya sendiri. Berguna untuk saya. Maka itulah yang dipilih. Tak kan ada yang salah sekiranya orang lain ingin mencari kesoronokan dengan teman-teman. Silakan. Itu hak masing-masing. Seperti yang saya mention, ini pilihan saya. J pilihan anda terpulang.

Ternya sunyi yang hadir seketika untuk waktu ini membuka mata saya. Saya lebih menyedari matlamat hidup. Untuk apa sebenarnya? Mahu hari-hari diisi dengan keseronokan semata-mata? Takut untuk bersendirian dan kesepian? Mahu jiwa lalai dengan nikmat seketika seronok? Ataupun tahu membezakan sunyi bagi mengabdikan diri, dan menilai diri dengan sebaik2nya. Belajar memahami orang lain lain? itu lebih penting. Yang mana mahu dipilih? Fikirkan--


Ada kala tidak wujud selfish,
Sebab saya memilih untuk understanding.
Ada kala tidak perlu wujud perbalahan,
Sebab saya pilih aman.
Ada kala tidak tahu makna siksa
Sebab saya pilih sabar.
Bertolak angsurlah. Mudah kan?

Di dalam diri kita, ada dua benda yang saling menarik dan menolak iaitu akal menguasai fikiran, hati mengawal nafsu. Boleh saja saya membuat perkara yang sia-sia yang menggembirakan hati yang kesunyian untuk sejam dua. Tak lama, sebab nikmat seronok hanya seketika. Tapi akal berkata untuk apa? Tiada pilihan lain? dari sini hati berteka- teka. Jalan yang dipilih bukan itu. tapi ini. Tinggalkan nikmat seronok tu sekejap. Cari nikmat yang kamu rasa berkesan untuk jiwa. Makanya menyendiri pilihan saya tanpa teman untuk diisi.

Bersalahnya saya sekiranya orang disayangi bersusah payah untuk mengharungi finalnya, saya disini berseronok membuat yang sia-sia, melayan orang yang tidak sepatutnya. Bersalahnya saya! Kejamnya saya pentingkan diri sendiri semata-mata mahu kesunyian saya diisi. Jesteru pilihan itu saya tolak ke tepi. Saya cuba membayangkan sekiranya waktu ini insan tersayang pula yang kesepian. Adakah saya gembira dia buat begitu? Melayan, berseronok tika saya berhempas pulas mengharungi peperiksaan? Masa depan saya. Nauzubillah.

Dulu.. perkara ini tidak dihiraukan. Sama sekali tidak. Asalkan kesunyian ini diisi. Saya sudah puas. Tapi sejak meningkat dewasa, diri kita sendiri boleh memikirkan apa yang sepatutnya. Jahil itu pernah singgah dahulu. Cukuplah dulu-dulu. Tak kan sampai ke depan jahil setia menemani diri? perlu diubah. Perlu jalan yang lain, perlu ubah step yang lain. Agar selari dengan matlamat. Saya tidak rugi kalau sunyi. Tapi saya akan rugi sekiranya mengsia-siakan waktu sunyi itu sedangkan banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan. Cukupla sunyi itu saya mengadu padaNYA. Dan menunggu si dia dengan senyuman J

Tipu kalau saya katakan saya tidak perlukan perhatian insan tersayang ketika sunyi. Saya perlu. Tapi kalau difikirkan situasi insan yang tersayang, saya perlu lebih memahami. Saya perlu memberi dia ruang untuk memfocusi masa depan dia. Saat-saat genting di dalam hidupnya. Berjuang di dalam peperiksaan bukannya sesuatu yang mudah. Saya juga merasai sebab saya juga seorang pelajar. Peluang itu kadang-kadang bukannya sentiasa menyebelahi kita. Maka saya sendiri perlu memahami dan juga bertolak angsur dengan kondisi dirinya. Tak usahlah memikirkan perkara yang bukan-bukan. Dia hanya perlukan sokongan dari orang-orang sekelilingnya sahaja. Bukannya tekanan. Sedangkan dia sudah cukup tertekan dengan memikirkan konsep2 apa yang dipelajari. Cukuplah tekanan yang itu. bukan dari saya.

Jika dihuraikan dengan lebih terperinci, mampukah sunyi membimbing keluarg kita kelak? Akan datang kita akan bekeluarga dan mempunyai pasangan. Pasti ada pasanagn yang akan berjauhan dengan pasangannya. Walaupun tidak lama, tapi sekejap pasti ada.  Sebagai contoh cuba kita bayangkan suami/ isteri kita nanti seorang doctor perubatan. Biasanya seorang doktor dikehendaki untuk selalu berada di hospital setiap masa. Tambahan lagi jika ada kecemasan dan juga on-call yang ada kala tidak akan pulang ke rumah sehingga 2,3 hari (mungkin). Ahli perniagaan yang sentiasa pulang lewat malam bagi memastikan perniagaanya bertambah mantap, suami/ isteri yang out-station 3,4 hari dan juga berminggu-minggu. Jika ini situasinya, bagaimana kita menguruskan sunyi kita tika itu? perlu ke saya berfoya-foya diluar? Bersembang dengan teman sehingga larut malam? Melayan orang yang tidak sepatutnya dilayan dengan tiket saya sunyi? Masyallah nauzubillah.

Suami saya pasti kecewa jika itu yang saya lakukan. Dia pasti tertekan dengan sikap saya jika begitu. Jesteru, untuk mendidik diri sendiri seharusnya bukan tunggu kita sudah mendirikan rumah tangga. Biarkan dari sekarang kita kawal diri kita jika sunyi itu muncul kadang-kadang dengan secara tiba-tiba. Luahkan pada pasangan jika rindu. Cukuplah luahkan. Dia pasti faham. Sebab dia juga sedang menanggung benda yang sama.
Sebagai suami pastinya mereka mengharapkan seorang isteri yang amanah dan tahu menjaga batas-batas pergaulan ketika ketiadaan suami dirumah. Tanggungjawab seorang isteri adalah menjaga nama baik suami supaya tidak tercemar dengan sikap yang tidak elok. Kelak suami yang akan dipersalahkan. Hal ini nampak enteng tetapi mempunyai impak yang besar sekiranya seorang isteri dikala kesunyian telah melampaui batas dan menjatuhkan air muka suami itu sendiri.

Seterusnya tidak ada jaminan kita tidak sunyi jika insan tersayang sentiasa ada di depan mata. Mungkin ada selalu depan mata. Tapi hakikatnya hati terasa jauh. Mungkin sentiasa berpisah, tapi hati terasa dekat selalu, mungkin kerap jumpa, tapi sentiasa berbalah. Bagaimana? Insyallah dengan ini marila kita sama-sama belajar menggunakan masa berkualiti bagi meningkatkan perhubungan yang baik kita nanti. Takpelah sunyi seketika, dan saya pasti hal ini semata-mata untuk mendidik diri kita dan juga merupakan ujian buat penguat hati. Jika tidak sabar mengharungi benda kecil seumpama ini pasti salah faham dan juga pergaduhan akan tercipta. Syaitan dan juga koncu-koncunya mesti tertawa kerana berjaya memecah belahkan dua hati. Kan dah rugi!


p/s : Jadikan sunyi itu sesuatu yang membawa manfaat pada diri kita, bukan mencari keseronokan dikala sunyi. Pasti ada kekuatan pabila sunyi. Alangkah indah apabila rindu pada pasangan, menguatkan lagi ketakwaan kita pada yang ESA. J


 salam.






Monday, 26 November 2012

untitle



Tutup..
Bukak..
Tutup..
Bukak..
Tutup..

Bukak.. senyum?
muka senyum mcm Shahir AF lah.
Pasti! 
Bila tengok akan rasa tenang.
Tapi keras hati tak mampu nak buat jadi pengalah
Belek-belek senyuman tu sampai puas
Dah puas.
Tutup!

Pause
.
.
.

Lama--

Ishhh tak boleh jadi

Yang tadi tu xpuas lagi lah

Bukak!

Sebenarnya bukan nak apa --
Nak perhatian!

Sebab tak pandai tipu

Aku dah rindu

Tu cara aku ekspresikan
maaf
cara ni salah

maka jgnla follow

nanti lagi rindu --






Wednesday, 21 November 2012

Actually




Aku..
Cuba menyerti maksud kepayahan
Cuba menyerti maksud dizalimi
Cuba menyerti maksud diskriminasi
Aku cuba..

Dalam aku cuba menyerti
Aku dah tewas sebenanya untuk memahami
Jiwa hati aku sombong untuk menghayati
Belum menyerti, aku dah disakiti!
Mana mungkin mahu merasai?
Saudara aku kau dah keji maki membuta tuli
Mahu aku mengerti atau mahu aku membenci?
Kau…

Hati kita milik pencipta
Kau campaklah ia dimana-mana cerok alam sekalipun
Jika hitam hatinya, hitamlah ia
Jika diizinkan putih
Maka putihlah yang tercipta
Tapi ternyata hati kau tetap hitam
Belum diizinkan Tuhan
Dan mungkin juga tidak akan diizinkan
Seperti mana bapa saudara Muhammad bin Abdullah
Dibiarkan kafir sehingga sudah

salam.

kunfayakun



Allah Huakbar!!!
Allah Huakbar!!!
Allah Huakbar!!!

Menggigil tubuh berserah diri
Di dalam sujud yang belum berakhir
Kuasa Tuhan kami yang amat mendengari
Telah terbukti Engkau sentiasa disisi kami
Walau insan hina, doa-doa tetap diterima

Tuhan sekalian alam. Tuhan membawa rahmat
Syukur kami panjatkan atas pemberian
Cukup kuasa aman dan juga kasihan
Kerana mereka tegar dalam kepayahan
Menanti hari esok dengan seribu kekuatan
Dengan daya tahan tinggal berbaki ehsan

Tuhan Ya Zaljala Ihwalikram
Senyuman luas umat islam
Menadah merintih minta disatukan
Lapik dada buat penyertian dalam
Moga kalian faham maksud perjuangan diagungkan
Bukan untuk kalian, bukan hanya untuk umat adam
Buat manusia terpendam iman
Agar fisabilillah demi tuhan



Tuesday, 20 November 2012

SAVE GAZA!



Sarang iblis merata- rata di Gaza
Tatkala manusia kerdil berserah nyawa syahid mereka
Rejim Zionis semakin berkuasa menyiksa
Kalian-- ini ujian getir yang sudah ditentukan Tuhan
Kerana syurga kalian dipenghujung garisan lawan
Dah dinyatakan tetap untuk kalian-kalian
Yang mana syahid di jalan Tuhan

Umat islam sekalian alam mendoakan
Walau dari kejauhan, tuhan tetap mendengarkan rintihan insan
Kami mengaminkan semua seruan yang baik untuk kalian aman
Luluh hati, sayu rasa, terobek jiwa, kita tetap tidak sama rasa
Kerana kalian sudah tidak berjiwa
Kerana kalian kebal diduga, diseksa mereka
Kerana kalian kental disyahidkan mati menyadap yang Esa

Bertaburan dakwat pekat tak terhuraikan
Darah kalian di bumi jihad Gaza serak rata
Tak perlu penjelasan suara-suara mulut yang hiba
Dah cukup bukti umat kalian dibinasa tangan mereka
Peganglah tali allah sekuat-kuatnya duhai jahadah

Saudara seagama hamba
Dia hanya menyatakan kepadanya “jadilah”, lalu jadilah ia
Pegang ini kalian semua, kerana Dia Maha berkuasa
Pasti akan membinasakan umat yang telah diseksa mereka
Yakin dan pecayalah
Mereka inilah penghuni-penghuni neraka selama-lamanya.

P/S : Mulanya dibuat bagi gineuntukgaza@gmail.com. Tapi takde rezeqi mengemailkannya. Line sangat kejam dengan saya ;p sekian.



Monday, 19 November 2012

"Jadilah kamu KERA yang HINA"



BEBERAPA PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH SUBHANAHUWATA’ALA KEPADA BANI ISRAEL

1. Israel adalah sebutan bagi Nabi Yaakub Alaihissalam. Bani israel adalah keturunan Nabi Yaakub Alaihissalam. Sekarang terkenal dengan bangsa Israel.

2. Janji Bani Isreal kepada allah ialah bahawa mereka akan menyembah allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatupun serta beriman kepada Rasulnya. Diantaranya Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagaimana yang disebut didalam taurat.

3. Di antara yang mereka (Bani Israel) sembunyikan ialah allah akan menyutuskan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seorang Nabi dari keturunan Nabi Ismail ‘Alaihissalam yang akan membangunkan umat yang ramai di kemudian hari

4. Solat berjemaah atau menundukkan diri kepada perintah-perintah Allah bersama orang yang tunduk.

5. Nenek moyang Bani Isreal yang hidup di zaman Nabi Musa Alaihisalam telah diberi rahmat oleh Allah dan dilebihkan daripada umat yang lain.

6. Usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat bagi orang lain atau mengelakkan suatu mudarat dari orang lain. Syafaat yang tidak diterima Allah adalah syafaat bagi orang kafir.

(Surah Al-Baqarah 38-48)


SAVE GAZA!!!




Proses dalam Progress

Bismillah..




PERNIKAHAN;

Perasaan tu ada di hati.
Tika ini. Bila jiwa diusik sepi,
ia hadir.

Setiap manusia inginkan berpasang-pasangan,
Mengalurkan kasih sayang, cinta kepada yang halal atas dasar pernikahan.
Naluri semula jadi ini wujud tika melihat mereka juga sudah memiliki.
Hati wanita aku diusik, tibatiba.
Perlu berlapang dada;
 menerima semuanya
Belum waktu aku --
Belum sesuai masa untuk aku --
terimalah semuanya walau bagaimanapun datangnya.
proses diuji perlu dijalani.

Ya Allah, jadikan aku jodoh yang baik. Satukan aku dengan jodoh yang baik. Mudahkan jalanku menuju pernikahan. Amin ya Allah


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129

MASIH BERTAHAN!"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."-Surah Yusuf ayat 12


-SALAM- 






Saturday, 17 November 2012

Anugerah rahim


bismillah hirahman nirahim

Sifat keibuan adalah sesuatu yang begitu jelas dan teguh pada wanita. Ibarat batu pejal yang tidak mudah ditarah. Allah menciptakan sebuah organ khusus buat hambanya yang bergelar wanita. Dimana fungsinya sebagai tempat perlindungan sementara bagi seorang janin manusia berkembang peringkat demi peringkat. Organ itu diberi nama ‘rahim’.

Wanita dimuliakan allah dengan anugerah sebuah rahim sekaligus diberi amanah menjaga kesucian nasab keturunan manusia. Manusia dan kehormatan pasti berkait rapat dengan rahim seorang wanita. Itu pasti.

Demi memantapkan keturunan baka manusia, wanita diberi tanggungjawab yang amat besar menjaga kesuciaan dirinya agar tidak tercemar dan bercampur dengan sperma yang bukan halal baginya. (Halal itu nikmat). Kerana dengan rahim itulah menjadikan wanita beruntung sepanjang hayatnya. Jangan sia-siakan hal yang menjauhkan kita dari rahmat darinya.

Beruntunglah wahai wanita. Jangan dipersiakan gelaran wanita yang dipikul. Pasti ada sebab kenapa kamu yang dipilih. Kenapa bukan lelaki yang menggenggongkannya 9 bulan 10 hari. Hebat lelaki pada luaran, hebat wanita pada dalaman. Hal ini kerana wanita diciptakan dengan keistimewaan yang berbeza-beza. Ini dapat dilhat melalui penciptaan Allah azza wajalla  melalui perbezaan sifat, bentuk fizikal, dan juga perasaan antara lelaki dan juga wanita. Berbeza.

Seperti yang kita tahu allah telah berjanji kepada wanita dan akan sentiasa mengampunkan dosa-dosanya sepanjang dia bertarung nyawa demi melahirkan anak dari rahimnya. Sekiranya wanita itu meninggal dunia ketika bersalin dirinya juga telah dicatatkan mati syahid dan pasti terus ditempatkan di dalam syurga Allah swt. (Beruntunglah) J

Bagi wanita yang telah bersuami (alhamdulillah) setiap kebaikan yang telah dilakukan oleh suaminya telah dicatatkan pahala buat wanita. Tetapi wanita  tidak akan menanggung setiap dosa yang ditanggung oleh suaminya pula. Jesteru sebagai suami anda  harus memikul tanggungjawab untuk mendidik isteri dan juga anak-anak mengikut syariat islam. Kerana anda yang akan menanggung dosa-dosa mereka ini. 


p/s : Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim)

Menjelaskan lagi sifat perempuan itu seperti tulang rusuk. Bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Untuk melenturkan dan meluruskannya lelaki perlulah berhati-hati agak ianya tidak patah. 

Yang baik datangnya dari allah, yang buruk semata-mata dari saya yang hina.

salam.


Saturday, 10 November 2012

turn akulah. :)


Bismillah.

Bukan aku yg patut dirai;
tapi IBU aku.
Saimah bt Daud / Ismail bin Ibrahim.
25thn yg lalu…
Dia lah yg menanti aku;
Walau bukan ‘dirancang’
Kerna setelah 4 bulan, baru tahu wujudnya aku
Maha agung tetap memberi
Walau tanpa dipinta
Subhanallah.

Doaku,
moga Ibu dunia akhirat aku bersyukur
Punya anak gadis, seperti aku
Yang Masih banyak yang belum mampu
Kurang material, hanya kaya kasih

Doakanku, Ibu.
Agar aku menjadi anak yg taat kepada mu
Agungku, rasulku, akan suruhanmu
Moga anak dari rahimmu ini
Dilimpahkan rahmat hidupnya
Dipanjangkan usianya
Diberkati hayatnya
Diluaskan rezeqi alamnya.

Selamat hari melahirkan saya ibu.

Segala Puji BagiMu Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Amin.

1: Ibubapa saya~ ya allah, berkatiah hidup mereka seperti mana mereka mendidik, mengasihani dan menyayangi saya sewaktu sy kecil dahulu. AMIN. ;)

2: Buat teman2 tersayang,(atiq, zura, fana, wany, kirin, tasya, ana n Jone) yg selalu berdampingan. terima kasih atas pemberian. kasih syg korg2 dihargai. Sangat2. owh speechless! :')

3: (IH) TQ 4 everythng dy!..iloveusyg. i really do. :)