Sunday, 5 August 2012

periharalah kami



Bismillah.. 

Melangkah dan teruslah melangkah. Walaupun didepanmu wahai manusia penuh dengan duri-duri tajam seluas alam. Melangkahlah. Kerana itu adalah laluan hidup kamu yang telah diaturkan. Percaturannya keatas kamu telah disiapkan sejak kamu wahai manusia di dalam rahim ibu lagi. Kenapa harus bimbang dengan perjalanan hidup mendatang?. Dia yg mentadbir. Pasti baik untuk kamu. Disaat ini aku insan yg lemah masih melalui jalan yg sama. Hanya liku-likunya sahaja yg berlainan. Ada terpesong, ada ke kiri ada ke kanan, ada masa terus tersusun laluan itu. Syukur aku insan lemah masih diberi bimbingan. Syukran!

Lengkapnya kitaran harian dikurniakan dengan insan2 membawa barakah. Kau hadirkan dirinya agar aku yg lemah semakin dekat kepada jalanmu. Begitulah besarnya percaturan kamu wahai kekasih.. Terima kasih diatas kurnian ini dan Syukur lagi dan lagi.

Acap kali Sebak menahan tangis. Kadang-kadang tak mampu dibendung kerana kuatnya perasaan kasih sesama insan. Benteng dada aku jatuh. Kerap! Dibiarkan terus agar tangis itu berhenti sendiri. Telah puas hati tu nanti dia bisa diam walau sujud masih belum diakhiri.  titik

p/s :

Buat teman-teman disayangi, dihormati, dikasihi. Terima kasih kerana sentiasa ada. Tolong Share info sama2, Berkongsi gembira duka walaupun ada yg jauh beribu batu disana. Even baru kenal dan rapat tapi rasa selesa tu macam berkurun knl each other. Uallss memang terbaik. Moga allah membalas kasih syg anda semua

Buat bakal imam dan tulang rusukku kelak yg telah tertulis di lauhul mahfudz. Pelihara apa yg telah kita ada. Kerana kamu yg akan bersama melalui perjalanan hidupku nanti. 




salam sayang 

2 comments:

  1. Insyallah... =) Tetapkan hati... Kita sama-sama rasa. Biar kekal mcam ni sampai bila-bila...

    ReplyDelete