Monday, 29 October 2012

lifelong learning


Bismillah Hirahman Nirahim..
- Ikatan -

Setiap manusia mempunyai ikatan antara satu sama lain. tidak kiralah ikatan bagaimanapun. Jika namanya ikatan so macam2 lah yg ada. Cinta, persaudaraan, persahabatan dan sebagainya. Ikatan ini yang membina hubungan baik antara kita. Samaada hubungan tu baik atau buruk bergantung pada diri kita sendiri. Kita dilihat baik sekiranya mampu membuat orang sekeliling kita bahagia, gembira. Tapi kita dilihat teruk sekiranya kita melukakan, menyecewakan, menghampakan walaupun niat kita bukan begitu. Mungkin tidak adil sebab Itulah penafsiran orang terhadap kita.. Namun itulah hakikat. Hakikaat kot.. Kenala terima.

Ikatan cinta akan melibatkan lelaki dan wanita. Itu normal. Tapi jgn pernah lupa lelaki dgn lelaki pon ada. Wanita dgn wanita pon ada. Itu dikatakan songsang. Mahluk2 sebegini wujud hokey.. kita mahu spesifikasikan yang normal. Yang songsong begini nanti2 lah. (xde niat nak buat pong) :p

Dalam hal ni saya mahu singkap ikatan cinta normal. Cinta tu penting ok. Ape pulak remehnye kan? cuba bayangkan kalau tak ada rasa cinta? Sedangkan hubungan dengan Allah pun perlukan cinta. Inikan pula cinta manusia. Tanpa cinta rasanya kita  tak bangun subuh tok semayang subuh. Tak kan sangggup bangun lepas tengah malam untuk tahajud. Kan? jadi jangan sempitkan rasa cinta tu.

Di dalam setiap perhubungan yang membabitkan rasa cinta, kasih dan sayang tidak pernah tidak ada gelora. Siapa yg cakap tidak ada tu dia penipu besau. Kalau Tidak banyak pun cikit mesti ada. Itu lumrah. Saya juga turut merasai benda macam tu. Orang2 yang hebat juga akan diuji dengan ujian gelora membabitkan hubungan sebegini. Jangan cakap kita, Bush pon penah, Obama pon same kot. Mungkin situasinya yg membezakan kita-kita. kadang-kadang kita lupa bagaimana memperbaiki hubungan yang dah lama. Yang antic tapi berharga. Kita lupa. Cuma kita lupa. Lupe jela.. jadi selagi ada kemahuan, cuba la usaha. Insyallah yg baik itu akan berhasil.

Kadang2 baru saya tahu. Baru saya rasa. Wanita itu dilihat lemah pada luarannya sahaja.  Lelaki pula dilihat wahh gagahnye dia.. tapi disebalik semua tu, jika kita selami hati2 mereka yg disakiti ni, mungkin sakit mereka melebihi wanita. Sungguh! Merekalah yang sebenarnya lemah, yang mahu selalu dirasai kesakitan mereka. Yang selalu merengek-rengek mahukan belaian manja. Yang selalu menangis meminta cinta hati mereka.

Jadi..kita belajarlah dari kesilapan. Tak kiralah kita tu lelaki mahupun wanita. Ambik yg positif, kita amik pengajaran yg lepas-lepas. Cuba perbaiki yang kurang elok. Yang kurang sana sini. Mungkin tak kan perfect. Tp Sekurang2nya hampir perfect. Bukan senang kita nak bina sesuatu ikatan ni. Susah doh..melibatkan jantina yg berbeza. Karektor yg lain. ego yg lagi macam2. Kadang-kadang dalam hubungan banyak yang cacat celanya. Tapi cuba la terima apa yang dah kita ada. Sebab dia juga cuba terima kita seadanya.

  • Mana mungkin bunga akan kelihatan cantik kalau tidak dibajai dengan baja yg elok, yg bagus, yg berkualiti
  • Mana mungkin bunga akan elok kalau tidak disirami dengan air, dengan kasih syg kita, dengan belaian yang cukup. Tidak ada
  • Mana mungkin bunga akan tumbuh dengan baik, dengan tinggi kalau tidak ada support dari kita, dia perlukan pendukung utk terus berdiri. Percayalah!
  • Mana mungkin bunga yang bagus tidak didatangi serangga perosak yang dengki. Mustahil
  • Mana mungkin bunga yang cantik, yg wangi tidak dihinggap serangga yang sentiasa mahu mendekati. Mana ada bang. Tidak ada. Bunga baik sentiasa dikelilingi serangga2 nakal. J
Siapa pun kita baik lelaki mahupun wanita sama-sama la perbaiki diri. Muhasabah diri. Mungkin kesemua kesilapan datang dari kita. Mungkin juga tidak. Tapi tak ape kalau anggap kita yang salah semata-mata untuk mengelokkan perhubungan. Saya bercakap untuk diri saya juga, untuk mengingatkan diri, untuk lebih memfokusi sesuatu yg saya dah miliki, untuk menilai kita sebaiknya. Sebab kita selalu buat salah secara sedar mahupun tidak. Kita juga mahu menjadi yang terbaik buat insan yang yang kita sayang bukan? Mahu tak mahu perubahan itu perlu dilakukan. Tidak banyak, Sedikit.

“Yang lemah bukannya badan. Tapi hati;
Yang kuat pun bukannya badan. Tapi juga hati..” – Dr HM Tuah Iskandar al Haj.

p/s : Sekadar perkongsian tok kita lebih manjaga ‘dia’ milik kita sementara. Bunga tu tok (lelaki/wanita). sekadar perumpamaan, kalau cakap kumbang macam pelik jek. Ini juga buat pelengkap ht sy (IH), kawan baik sy (jone) ..dan juga kamu. Ye kamu, kamu yg bace nilah.. tq. :D


Thank u for reading this entry.. J salam eiduladha

6 comments:

  1. Salam... apa yg cik ela cakap tu menyumbang ke arah positif. Terima kasih. Yap, betul apa yg dikata. Dalam bercinta kita perlu pegang pada 5 bnda.
    1. Buang ego.
    2. Menghargai.
    3. Cemburu.
    4. Percaya.
    5. Jujur.
    Tapi jgn lupa pada yg asas.. :) Chill... Thanks cik ela.

    Next entry please... :D

    ReplyDelete
  2. wasalam wbt.. terima kasih membace abg izham. ehh abg plak..en izham..:D
    alhamdulillah kalau ianya positif.. yg baik bole amik, yg x sila la abaikan..

    next entry? hehe insyallah :)

    ReplyDelete
  3. ha tu ada selit sikit2 Tuah punye.. tq 4 reading walid ali :)

    ReplyDelete
  4. seronok kalau ada rasa cinta tu. tapi macam mana kita nak terus yakin dia tu cinta kita sampai bila2?

    ReplyDelete
  5. atiq : kadang2 kite akan rasa was2 ngn ape yg kite ada rite?abaikan!
    sebelum menerima, kita perlu memberi dahulu. bgla seikhlas hati
    tetaplah berpegangla pd dia, yakini dia. mohon pd dia syg. sbb dia yg menggerakkan ht2 mnusia tok menyayangi org lain kn(manusia cuma medium)
    then kite tawakal..insyallah. kita sama2 doa. ;)

    ReplyDelete