Wednesday, 21 November 2012

Actually




Aku..
Cuba menyerti maksud kepayahan
Cuba menyerti maksud dizalimi
Cuba menyerti maksud diskriminasi
Aku cuba..

Dalam aku cuba menyerti
Aku dah tewas sebenanya untuk memahami
Jiwa hati aku sombong untuk menghayati
Belum menyerti, aku dah disakiti!
Mana mungkin mahu merasai?
Saudara aku kau dah keji maki membuta tuli
Mahu aku mengerti atau mahu aku membenci?
Kau…

Hati kita milik pencipta
Kau campaklah ia dimana-mana cerok alam sekalipun
Jika hitam hatinya, hitamlah ia
Jika diizinkan putih
Maka putihlah yang tercipta
Tapi ternyata hati kau tetap hitam
Belum diizinkan Tuhan
Dan mungkin juga tidak akan diizinkan
Seperti mana bapa saudara Muhammad bin Abdullah
Dibiarkan kafir sehingga sudah

salam.

No comments:

Post a Comment