Saturday, 17 November 2012

Anugerah rahim


bismillah hirahman nirahim

Sifat keibuan adalah sesuatu yang begitu jelas dan teguh pada wanita. Ibarat batu pejal yang tidak mudah ditarah. Allah menciptakan sebuah organ khusus buat hambanya yang bergelar wanita. Dimana fungsinya sebagai tempat perlindungan sementara bagi seorang janin manusia berkembang peringkat demi peringkat. Organ itu diberi nama ‘rahim’.

Wanita dimuliakan allah dengan anugerah sebuah rahim sekaligus diberi amanah menjaga kesucian nasab keturunan manusia. Manusia dan kehormatan pasti berkait rapat dengan rahim seorang wanita. Itu pasti.

Demi memantapkan keturunan baka manusia, wanita diberi tanggungjawab yang amat besar menjaga kesuciaan dirinya agar tidak tercemar dan bercampur dengan sperma yang bukan halal baginya. (Halal itu nikmat). Kerana dengan rahim itulah menjadikan wanita beruntung sepanjang hayatnya. Jangan sia-siakan hal yang menjauhkan kita dari rahmat darinya.

Beruntunglah wahai wanita. Jangan dipersiakan gelaran wanita yang dipikul. Pasti ada sebab kenapa kamu yang dipilih. Kenapa bukan lelaki yang menggenggongkannya 9 bulan 10 hari. Hebat lelaki pada luaran, hebat wanita pada dalaman. Hal ini kerana wanita diciptakan dengan keistimewaan yang berbeza-beza. Ini dapat dilhat melalui penciptaan Allah azza wajalla  melalui perbezaan sifat, bentuk fizikal, dan juga perasaan antara lelaki dan juga wanita. Berbeza.

Seperti yang kita tahu allah telah berjanji kepada wanita dan akan sentiasa mengampunkan dosa-dosanya sepanjang dia bertarung nyawa demi melahirkan anak dari rahimnya. Sekiranya wanita itu meninggal dunia ketika bersalin dirinya juga telah dicatatkan mati syahid dan pasti terus ditempatkan di dalam syurga Allah swt. (Beruntunglah) J

Bagi wanita yang telah bersuami (alhamdulillah) setiap kebaikan yang telah dilakukan oleh suaminya telah dicatatkan pahala buat wanita. Tetapi wanita  tidak akan menanggung setiap dosa yang ditanggung oleh suaminya pula. Jesteru sebagai suami anda  harus memikul tanggungjawab untuk mendidik isteri dan juga anak-anak mengikut syariat islam. Kerana anda yang akan menanggung dosa-dosa mereka ini. 


p/s : Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim)

Menjelaskan lagi sifat perempuan itu seperti tulang rusuk. Bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Untuk melenturkan dan meluruskannya lelaki perlulah berhati-hati agak ianya tidak patah. 

Yang baik datangnya dari allah, yang buruk semata-mata dari saya yang hina.

salam.


No comments:

Post a Comment