Tuesday, 20 November 2012

SAVE GAZA!



Sarang iblis merata- rata di Gaza
Tatkala manusia kerdil berserah nyawa syahid mereka
Rejim Zionis semakin berkuasa menyiksa
Kalian-- ini ujian getir yang sudah ditentukan Tuhan
Kerana syurga kalian dipenghujung garisan lawan
Dah dinyatakan tetap untuk kalian-kalian
Yang mana syahid di jalan Tuhan

Umat islam sekalian alam mendoakan
Walau dari kejauhan, tuhan tetap mendengarkan rintihan insan
Kami mengaminkan semua seruan yang baik untuk kalian aman
Luluh hati, sayu rasa, terobek jiwa, kita tetap tidak sama rasa
Kerana kalian sudah tidak berjiwa
Kerana kalian kebal diduga, diseksa mereka
Kerana kalian kental disyahidkan mati menyadap yang Esa

Bertaburan dakwat pekat tak terhuraikan
Darah kalian di bumi jihad Gaza serak rata
Tak perlu penjelasan suara-suara mulut yang hiba
Dah cukup bukti umat kalian dibinasa tangan mereka
Peganglah tali allah sekuat-kuatnya duhai jahadah

Saudara seagama hamba
Dia hanya menyatakan kepadanya “jadilah”, lalu jadilah ia
Pegang ini kalian semua, kerana Dia Maha berkuasa
Pasti akan membinasakan umat yang telah diseksa mereka
Yakin dan pecayalah
Mereka inilah penghuni-penghuni neraka selama-lamanya.

P/S : Mulanya dibuat bagi gineuntukgaza@gmail.com. Tapi takde rezeqi mengemailkannya. Line sangat kejam dengan saya ;p sekian.



No comments:

Post a Comment