Saturday, 29 December 2012

DETIK!



Lama aku melihat Kina termenung. Duduk betul-betul dihadapan tasik yang nyaman dibawah pohon yang rendang. Itulah tempatnya jika hatinya gundah. Barangkali. Aku Ingin sekali menyapa, tapi melihatkan keadaannya begitu kaki pantas sahaja membelok. Dibiarkan terus Kina begitu. Bukan tidak menghiraukan, tapi takut bila emosi dan rasional tak selari nanti.

“Aku pasti bersamanya”. Bisik suara hati.

Menjelang magrib tiba, baru kulihat wajah redup Kina melintasi bilikku. Aku lega walaupun dia tidak menyapa. Sekurang-kurangnya aku tahu dia ada. Kina seperti biasa akan terus membersihkan diri lalu menunaikan kewajipan seorang muslim yang azali. Dari ruang bilikku, kedengaran suara halus itu mengaji. Aku tersenyum sendiri. “Ehh terlupa! Aku juga harus mengangkat kaki, melunaskan apa yang berbaki."

Seperti biasa selesai saja solat barulah susuk tubuh itu akan kelihatan diruang tamu. Duduk menghadap meja study. Itulah rutin harinya dengan gelaran pelajar Master yang akan diakhiri tidak lama lagi. Tapi malam ini Kina langsung tidak mengjengah keluar. Pintu biliknya tertutup rapat. Hanya cahaya dicelah-celah bawah pintu yang kelihatan. “Masih mengaji bisik hatiku lagi.” Aku tahu itulah caranya dia tenangkan diri.

Kina seorang perempuan yang lemah lembut, jiwanya halus. Pantas je air mata tumpah ditikar sejadah. Dah berapa kali juga Quran yang dibawa itu basah. Kerap! Itu yang kulihat dari dulu. Susah meluahkan pada manusia. Kina pernah kata,“manusia tak kan faham Kina, biar Kina mengadu padanya. Kina lega.”
 Sejak aku kenal Kina 2 tahun lalu, mulutnya berat jika melibatkan hal-hal yang remeh. Bersembang jika ada yang perlu.  Aku cerita gossip hot pun jika dia tidak berminat, ya saja jawapannya. Tak menambah, tak juga mengurang. Betullah kata pepatah, “lagi banyak bercakap, lagi banyak menambahkan dosa.” Baru aku faham.

Lama Kina diam begitu aku gagahi juga mengetuk pintu biliknya. Kupulas tombol pintu yang tidak berkunci. Kulihat Kina masih ditikar sejadah membelakangi ku. Quran merah itu dipelok erat ke dada. Ada esakan yang cuba disembunyi. Ku cuba genggam bahunya. Biar dia tahu kehadiran aku.

“Kina” … ayat itu yang terkeluar.
“Sarah” … Kina menoleh, dengan senyuman dia membalas. Terus tubuhku dipeluk. Dada kami bersatu. Erat. Dup dap jantungnya ku rasa. Deras. Aku membiarkan saja Kina begitu. Walau tidak bersuara, aku yakin hati kami sedang bermonolog. Air matanya masih laju mencurah-curah. Ku biarkan jatuhnya kebahu. “Menangisla Kina. Jika itu membuatkan kau tenang.” Pintaku.

Pelahan-lahan Kina leraikan pelukan. Dia menyapu air jernih itu sambil bibirnya tersenyum. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan.  Ku tatap wajahnya lama. “Kina okey?” aku cuba menyoal. Kina hanya menganggukkan kepala tanda jawapan. “Alhamdulillah Kina okey Sarah.” Ringkas.

Kugenggam lembut tangannya. Mata kami bersatu. Air mataku tidak tertampung lagi. Jatuh jua. Mana mungkin aku sanggup melihat rakanku begitu. Kina wanita tabah menyembunyikan rasa hati. Aku tahu jiwanya bergelora. Walau dasarnya dia tenang, tapi ada jiwa yang sedang diduga.

“Safuan Hadi..” Kina mula bersuara. “Kenapa dengan Safuan? Tunang Kina?” tanpa  sedar aku tergesa-gesa. Kina membisu lama. Aku cuba berada di dalam kasutnya. Cuba memahami derita dia. Kami sama-sama terdiam dan..

 “Kina sayangkan Safuan, Sarah.” Kina sayangkan dia. Wajahnya terus ditundukkan. Dah 3 bulan Safuan senyap tanpa berita, Kina risau.” “Kenapa Kina cakap macam ni Kina. Tak lama lagi kan korang berdua akan bersatu. Insyallah Kina. Banyakkan berdoa moga jodoh dimudahkan.”
Kina serahkan kepada yang Esa, Sarah. Dia maha mentadbir. Kina redho.”

...............................................................................
Email yang lepas ku buka. Tertera email Safuan_kina@yahoo.com di inbox. “Ni mesti ada hal mustahak. Kalau tak safuan tidak gemar begini. Hanya Kina wanita yang perlu dijaga.” Aku cuba meneka.
Salam..
Sarah, tolong Safuan jagakan Kina. Safuan tak mampu nak bersama ngn Kina saat-saat macam ni. Kina perlukan sokongan. Safuan thu Sarah mampu. Safuan janji akan bersama Kina nanti.
Safuan Hadi Ahmad.
…………………………………………………………………………………….

“Allah maha dekat, penuh kasih sayang, tak kan kubiarkan kau menangis.. Allah Rahman Allah Rahim.” 

“Kina!! kina!! ..” Ku cuba ketuk bilik Kina berkali-kali. Tak dijawab. “Hurmm tertidur ke Kina ni? Jap lagi kan kelas. Ishhh Kina ni. Aku mengomel sendiri sambil menjeling kearah jam dinding. “Dah 7.45am. Selalunya time macam ni Kina dah bergerak ke kelas.” Aku cuba mengetuk pintu biliknya lagi. Kali ini dengan agak kuat. Tak dijawab juga.

Sah tidur mati Kina ni. Dengan telekungnya yang tak berbuka. Ni mesti tertidur lepas subuh tadi. Aku senyum sendiri. Kulihat tubuh Kina terbaring bujur diatas katil yang empuk. Dipelok erat Quran di atas dadanya. Suci muka Kina. Tu yang terkeluar dari mulutku.

Dua tiga kali kucuba gerakkan Kina. Tak dijawab. Tangan yang tadi erat longlai ke bawah. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Cepat-cepat kupanggil rakan kuliahku ke rumah...
Kepadamu kami datang, kepadamu jua kami kembali.. Sakinah Saima

Semua berjalan dalam kehendakNya. Nafas hidup cinta dan segalaNya. Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi. Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi. Bila mungkin hidup hampa dirasa. Mungkinkan hati merindukan Dia. karena hanya denganNya hati tenang. Damai jiwa dan raga. 

p/s : hanya rekaan semata-mata

No comments:

Post a Comment