Friday, 7 December 2012

NIKMAT SUNYI



Bismillah Hirahman Nirahim..

Sunyi sering dikaitkan dengan keseorangan, kesepian dan sebagainya. Ada kala kesunyian mampu membawa kepada perkara yang negatif mahupun sebaliknya di dalam kehidupan harian. Hal ini bergantung kepada setiap individu di dalam membentuk nilai kesunyian itu sendiri. Anda mungkin tertanya-tanya kenapa “nikmat sunyi”? kenapa tidak seksa sunyi? Bukankah sunyi sesuatu yang hampa, yang diabaikan? Disini ingin sekali berkongsi nikmat sunyi bagi pandangan peribadi saya sendiri.

Sunyi membentuk nilai pada diri saya. Ia mampu menyedarkan saya tentang manfaatnya dikala sunyi. Mungkin bagi sesetengah orang, waktu sunyi yang dirasai ini, mereka akan mencari teman untuk berseronok, untuk berhibur bagi mengisi ruang hari yang kosong, melayani teman-teman (biasanya berlainan gender) di alam maya dan sebagainya. Tapi pada saya ianya tidak perlu. Cukup sunyi itu saya rasai sendiri. Biar saya tahu sunyi itu apa sebenarnya. Saya perlu manfaatkan masa sunyi itu bagi muhasabah diri, lebih mendekatkan diri pada siapa pencipta saya. Membaca adalah satu-satu perkara yang membawa manfaat untuk kebaikan dan bimbingan saya kelak. Itu yang menyumbang kearah kebaikan bagi diri saya sendiri. Berguna untuk saya. Maka itulah yang dipilih. Tak kan ada yang salah sekiranya orang lain ingin mencari kesoronokan dengan teman-teman. Silakan. Itu hak masing-masing. Seperti yang saya mention, ini pilihan saya. J pilihan anda terpulang.

Ternya sunyi yang hadir seketika untuk waktu ini membuka mata saya. Saya lebih menyedari matlamat hidup. Untuk apa sebenarnya? Mahu hari-hari diisi dengan keseronokan semata-mata? Takut untuk bersendirian dan kesepian? Mahu jiwa lalai dengan nikmat seketika seronok? Ataupun tahu membezakan sunyi bagi mengabdikan diri, dan menilai diri dengan sebaik2nya. Belajar memahami orang lain lain? itu lebih penting. Yang mana mahu dipilih? Fikirkan--


Ada kala tidak wujud selfish,
Sebab saya memilih untuk understanding.
Ada kala tidak perlu wujud perbalahan,
Sebab saya pilih aman.
Ada kala tidak tahu makna siksa
Sebab saya pilih sabar.
Bertolak angsurlah. Mudah kan?

Di dalam diri kita, ada dua benda yang saling menarik dan menolak iaitu akal menguasai fikiran, hati mengawal nafsu. Boleh saja saya membuat perkara yang sia-sia yang menggembirakan hati yang kesunyian untuk sejam dua. Tak lama, sebab nikmat seronok hanya seketika. Tapi akal berkata untuk apa? Tiada pilihan lain? dari sini hati berteka- teka. Jalan yang dipilih bukan itu. tapi ini. Tinggalkan nikmat seronok tu sekejap. Cari nikmat yang kamu rasa berkesan untuk jiwa. Makanya menyendiri pilihan saya tanpa teman untuk diisi.

Bersalahnya saya sekiranya orang disayangi bersusah payah untuk mengharungi finalnya, saya disini berseronok membuat yang sia-sia, melayan orang yang tidak sepatutnya. Bersalahnya saya! Kejamnya saya pentingkan diri sendiri semata-mata mahu kesunyian saya diisi. Jesteru pilihan itu saya tolak ke tepi. Saya cuba membayangkan sekiranya waktu ini insan tersayang pula yang kesepian. Adakah saya gembira dia buat begitu? Melayan, berseronok tika saya berhempas pulas mengharungi peperiksaan? Masa depan saya. Nauzubillah.

Dulu.. perkara ini tidak dihiraukan. Sama sekali tidak. Asalkan kesunyian ini diisi. Saya sudah puas. Tapi sejak meningkat dewasa, diri kita sendiri boleh memikirkan apa yang sepatutnya. Jahil itu pernah singgah dahulu. Cukuplah dulu-dulu. Tak kan sampai ke depan jahil setia menemani diri? perlu diubah. Perlu jalan yang lain, perlu ubah step yang lain. Agar selari dengan matlamat. Saya tidak rugi kalau sunyi. Tapi saya akan rugi sekiranya mengsia-siakan waktu sunyi itu sedangkan banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan. Cukupla sunyi itu saya mengadu padaNYA. Dan menunggu si dia dengan senyuman J

Tipu kalau saya katakan saya tidak perlukan perhatian insan tersayang ketika sunyi. Saya perlu. Tapi kalau difikirkan situasi insan yang tersayang, saya perlu lebih memahami. Saya perlu memberi dia ruang untuk memfocusi masa depan dia. Saat-saat genting di dalam hidupnya. Berjuang di dalam peperiksaan bukannya sesuatu yang mudah. Saya juga merasai sebab saya juga seorang pelajar. Peluang itu kadang-kadang bukannya sentiasa menyebelahi kita. Maka saya sendiri perlu memahami dan juga bertolak angsur dengan kondisi dirinya. Tak usahlah memikirkan perkara yang bukan-bukan. Dia hanya perlukan sokongan dari orang-orang sekelilingnya sahaja. Bukannya tekanan. Sedangkan dia sudah cukup tertekan dengan memikirkan konsep2 apa yang dipelajari. Cukuplah tekanan yang itu. bukan dari saya.

Jika dihuraikan dengan lebih terperinci, mampukah sunyi membimbing keluarg kita kelak? Akan datang kita akan bekeluarga dan mempunyai pasangan. Pasti ada pasanagn yang akan berjauhan dengan pasangannya. Walaupun tidak lama, tapi sekejap pasti ada.  Sebagai contoh cuba kita bayangkan suami/ isteri kita nanti seorang doctor perubatan. Biasanya seorang doktor dikehendaki untuk selalu berada di hospital setiap masa. Tambahan lagi jika ada kecemasan dan juga on-call yang ada kala tidak akan pulang ke rumah sehingga 2,3 hari (mungkin). Ahli perniagaan yang sentiasa pulang lewat malam bagi memastikan perniagaanya bertambah mantap, suami/ isteri yang out-station 3,4 hari dan juga berminggu-minggu. Jika ini situasinya, bagaimana kita menguruskan sunyi kita tika itu? perlu ke saya berfoya-foya diluar? Bersembang dengan teman sehingga larut malam? Melayan orang yang tidak sepatutnya dilayan dengan tiket saya sunyi? Masyallah nauzubillah.

Suami saya pasti kecewa jika itu yang saya lakukan. Dia pasti tertekan dengan sikap saya jika begitu. Jesteru, untuk mendidik diri sendiri seharusnya bukan tunggu kita sudah mendirikan rumah tangga. Biarkan dari sekarang kita kawal diri kita jika sunyi itu muncul kadang-kadang dengan secara tiba-tiba. Luahkan pada pasangan jika rindu. Cukuplah luahkan. Dia pasti faham. Sebab dia juga sedang menanggung benda yang sama.
Sebagai suami pastinya mereka mengharapkan seorang isteri yang amanah dan tahu menjaga batas-batas pergaulan ketika ketiadaan suami dirumah. Tanggungjawab seorang isteri adalah menjaga nama baik suami supaya tidak tercemar dengan sikap yang tidak elok. Kelak suami yang akan dipersalahkan. Hal ini nampak enteng tetapi mempunyai impak yang besar sekiranya seorang isteri dikala kesunyian telah melampaui batas dan menjatuhkan air muka suami itu sendiri.

Seterusnya tidak ada jaminan kita tidak sunyi jika insan tersayang sentiasa ada di depan mata. Mungkin ada selalu depan mata. Tapi hakikatnya hati terasa jauh. Mungkin sentiasa berpisah, tapi hati terasa dekat selalu, mungkin kerap jumpa, tapi sentiasa berbalah. Bagaimana? Insyallah dengan ini marila kita sama-sama belajar menggunakan masa berkualiti bagi meningkatkan perhubungan yang baik kita nanti. Takpelah sunyi seketika, dan saya pasti hal ini semata-mata untuk mendidik diri kita dan juga merupakan ujian buat penguat hati. Jika tidak sabar mengharungi benda kecil seumpama ini pasti salah faham dan juga pergaduhan akan tercipta. Syaitan dan juga koncu-koncunya mesti tertawa kerana berjaya memecah belahkan dua hati. Kan dah rugi!


p/s : Jadikan sunyi itu sesuatu yang membawa manfaat pada diri kita, bukan mencari keseronokan dikala sunyi. Pasti ada kekuatan pabila sunyi. Alangkah indah apabila rindu pada pasangan, menguatkan lagi ketakwaan kita pada yang ESA. J


 salam.






No comments:

Post a Comment