Wednesday, 23 January 2013



Bismillah.
" dinikahi wanita itu kerana empat perkara ; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. maka pilihla kerana agama nescaya beruntung kedua-dua tanganmu."


kenapa agama? agama adalah asas bagi kehidupan duniawi ukrawi. Tanpa agama baik yang bekeluarga mahupun bujangan pasti goyang tanpa hala tujuan. Bagi lelaki, inilah perkara wajib yang harus diutamakan. pilihlah mengikut assunah yg disarankan. pasti beruntung dapat memiliki. Sama juga seperti wanita, kateria utama calon suami pasti dah dibukukan didalam hati. kami juga berhak memilih. demi peroleh bahagia dunia dan jannah disana.

Perkenalan yang dilalui semakin hari semakin berkembang megar. baunye sentiasa harum yang adakalanya pasti terhidu juga bau yg kurang menyenangkan. aku ibaratkan sebagai lumrah orang berkasih. Manusia sama juga seperti musim bunga yang adakalanya akan bertukar ke musim luruh. Walaupun cantiknya tak sama seperti musim bunga, tapi persekitaranya masih mampu membuat orang sekeliling gembira.  alhamdulillah. kekalkan rasa bahagia ini Tuhan. amin

Mengenal manusia bukan semudah yang disangka. kita berlainan cara dan pemikiran. berbeza watak dan didikan. Untuk menjadi satu, kedua-duanya memerlukan segenggam tangan untuk saling memimpin. Saat seorang mula jatuh, tahan sebentar dirinya, pemikiran dan hatinya. kemudian tariklah perlahan-lahan untuk bersama menuju ke jalan impian. Kedua2nya saling bergantungan. Tanpa salah seorang pasti berlainan rasa bukan?

Untuk musim yang ini, aku dapat rasakan ianya berlainan. berlainan seperti musim yang lepas sebagai musim pengalaman dan pengajaran. aku akan menoleh, untuk melihat apa yang kurang. Walaupun musim lepas terlalu panjang (5 dan 3 tahun). Aku telah berlajar. Belajar daripada perkara yang berlaku. Proses pembelajaran sememangnya begitu lama. Mungkin ini semua sebagai mematangkan. Memberi aku peluang mengenal perbagai orang. Bukan mudah hakikatnya untuk mendapat apa yang kita diinginkan. Dia tak beri dulu, tapi Dia beri sekarang. Hadiah dari Tuhan? Insyallah. ku doa yg ini. 

Datangnya dengan tak disangka-sangka ada kalanya membuat aku tersenyum. ada kalanya senyuman itu beserta mutiara. kenapa? kerana perancangan ini sungguh hebat. tak terlintas dek akal. Aku tinggal untuk melaluinya sahaja. kufikir ini jalan bahagia yg ditentukan Tuhan. Tuhan masih belas kasihan pada aku. Dia masih. Sebab itu Dia kurniakan yg ini.

Dalam tempuh ini, ada beberapa perkara yang aku rasakan. ehh sama? antibody aku sekarang mudah diserang. untuk setiap sem, pasti klinik UITM menjadi teman. Belum ada lagi catatan satu sem tak dikunjungi. Begitu juga dengan dia (Izham hakim musyukk) mudah diserang demam, batuk selsema. Disana musimnye berganti-ganti setiap beberapa bulan. tapi sekarang musim sejuk. heavy snow. owhh jagelah diri. Ada kalanya sakit tu pada waktu yang sama. kebetulan. ke meniru? ehh apa pulak sakit meniru. bukan boleh dibuat-buat.. :) sehati sejiwa? hihihi

Percaya pada instinct? pada aku, apa yang terjadi seperti aku dapat merasa. so tak boleh tipu lah kan? :p End upnya akan diketahui. kenapa agaknya? boleh terang? aku tak pakar. cuma aku percaya. aku ada jiwa yang dia rasa. Cukup!

Putera impian,
hadir dari belas ihsan tuhan
yang pasti mengaturkan perjalanan
bukan paksaan pada setiap perbuatan
tapi jujur memikat hati teman

lelaki idaman,
agama kamu yang kuharapkan
suara mengajimu menyejukan dalaman
aku wanita yg ingin bersama
dalam bukti akad janji setia

lelaki pilihan,
keluarga menjadi keutamaan
adab dan budi tahu dibezakan
aku sokong kemimpinan berwibawa
untuk anak2 dan isteri ke jalan mulia. 


p/s : Tahun ini tahun mulia, gembira, barakkah, dilimpahkan rezeqi dilangit dan dibumi. Moga jodoh menghampiri. Ini doa. impian dalam doa. moga semua dirahmati. amin




Devotees - Mahar Cinta :')








4 comments:

  1. Mencintai seseorang yang langsung tidak dikenali. Tak mustahil tu kan. Kita dah lalui. Kita dah rasa. Apa saja dugaan, sama-sama handle k. Sama-sama doa. Sama-sama jaga. Love you Suhaila...

    ReplyDelete
  2. insyallah. tolong ingatkan sy. tq for everything cik abg izham hakim.. lebiutoo :)

    ReplyDelete
  3. Sis... Zra pernah rasa ape yg sis ngh rasa
    perkongsian rasa dua jiwa. indah walau tak kenal rupa
    tapi tuhan menentukan simpang yg berbeza utk kita
    sis? semoga impian sis tercapai
    tak sabar nk tgk sis ngn abg
    impian yg zra dulu pun pernah cipta hihi tp x pelah
    boleh lah zra tumpang sekaki hihihi
    doakan zra sama. Love u jugak sis :)

    ReplyDelete
  4. amin.. insyallah.. :)
    sis doakan apa yg zura hajati termakbul jgk. still keep Du'a syg.. aii leviii yuu tuu ;)

    ReplyDelete