Friday, 25 January 2013

Misi "Dunia"



Bismillah.. 

Misi kemanusiaan sesungguhnya bernilai mulia. Misi memberi bantuan kepada masyarakat luar yang amat memerlukan. Aku kagum melihat ramai sukarelawan yg sudi menghulurkan bantuan samada berbentuk wang, pakaian, ubatan mahupun mengikuti misi kemanusiaan yang di rancang. Mungkin dulu rasa kagum dan terharu itu aku campakkan berdasarkan gambaran yang ku tonton. Tapi kini, kenapa rasanya berlainan? Ya. kagum itu masih ada. Tapi disebalik kagum itu terisi satu rasa yang amat sedeh, bimbang dan takut..

Barangkali yang kutonton dulu bukanlah siapa-siapa. Tiada hubungan yang akrab, tiada jalinan yang pernah disapa. tiada rasa yang bercambah setiap saat. Tiada apa-apa antara kami. Tapi kini.. hal ini terjadi. Orang yang paling dekat dengan jiwa aku, dengan rasa aku, dengan hati aku pula diwajibkan untuk mengikuti misi kemanusiaan ke Jordan. Allah.....

Mungkin ini ungkapan yang wajar aku ungkapkan. bilatika hati aku gundah. sujud adalah penolong terbaik bagiku. kepada siapa lagi harus ku mengadu?. Manusia lain memang layak mendengar, tapi tak sama. ibuku adalah orang yang benar-benar faham sifat anaknya seperti apa. owh sangatlah cengeng (kuat menangis). Jika kata-kata tak mampu diluahkan, air mata yang akan menolong luahkan. tu lumrah. aku tak gagah.

Walaupun masih menjalani praktikal selama 5 bulan di hospital di sana, tapi misi kemanusia tu adalah sebahagian tugasan praktikal yang perlu diikuti beliau. Kenapa Jordan? :( Syiria masih lagi bergolak. seperti yang kita tahu pelarian-pelarian daripada Syiria akan datang berlindung di kem-kem pelarian di Jordan yang telah ditempatkan. Jordan adalah sempatan Syiria yang kira-kira beberapa kilomiter sahaja, tetapi tahap bahaya berada disitu sangat tinggi. Tiada jaminan bahawa tidak diganggu. Ya Tuhan... hal ini melibatkan keselamatan. aku bimbang...tiada kata yang selayaknya ditulis didalam ruangkan ini. kerana ianya "Rasa"  :'(

Dalam sujud aku berdoa, moga dia dengari aku. moga dia kasihani aku.
Tiada siapa yang dapat merubah dengan izin darinya.
Allah.. inikah dugaan keimanan, ketakwaan?
Bagi hamba jadi tabah..

salam. (25/1/13)





No comments:

Post a Comment