Friday, 12 July 2013

End Up-TaMat-Over


Bismillah Hirahman Nirrahim
Assalamualaikum, Salam Ramadhan Al-Mubaraq

3 Ramadhan,

 Syukur. Syukur. Syukur Ya Allah. Syukur Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT-
Akhirnya… Secara rasminya ehem ehem.. saya telah menamatkan zaman bujang.. ehh ehh? salah!.. haha yeayyyy im done with my degree. Ya allah rasa tu hanya ALLAH je yang tahu macam mana. Yup! sedeh memang sedeh sebab nak tinggalkan alam university, tinggalkan kawan2, tinggalkan kenangan kat sini, tinggalkan adik-adik junior (xdekaitan) tapi dalam sedeh tu ada kegembiraan yang mak ayah impikan. Yang diri sendiri seronok untuk meneruskan hari mendatang. Saya dah jadi penganggur lah? J Nampaknya penghijrahan baru bermula-- doakan moga rezeqi semua dimudahkan.Amin

J 3 tahun dulu-- Angan2 dan impian selalu seiring. Hanya melihat kawan-kawan dari jauh. Bilamana yang lain sudah ada degree, diri sendiri masih lagi merangkak ditahun pertama.. Demi tekad yang satu, harus dihabiskan. Pupuk hati terus bersabar, tepuk dada yakin diri. Insha Allah masanya akan tiba, bialah lambat berbanding kawan2 seusia. Tak kesah, asalkan apa yang dihajati menjadi realiti.. tup tup dah turn sendiri.. Owh lega. Tahun ni berpuasa dan Beraya dengan fikiran yang kosong. tiada assignment, tiada report, tiada thesis.. Nikmat-

Tempuh tiga tahun menempuh segala macam onak duri (waduh2 ayat. hehe) banyak sokongan dan bantuan daripada pelbagai sisi yang sentiasa membantu. Sisi kanan, kiri, depan , belakang, atas bawah. hehe Benar. Jasa kalian sangat besar! Mak abah, mama abah, cik abg, lecture2 dan juga teman2 dunia akhirat. Terima kasih atas jasa-jasa kalian, belas kasihan, pertolongan, pengorbanan, perkongsian, pengkritikan dan juga kasih sayang. Sya tak mampu membalasnya dengan setimpal. Tapi Insha Allah, Allah pasti membalas.. 



P/s : Syukur dengan anugerah sang maha Rahim. Berkat usaha dan juga doa ibu bapa akhirnya termakbul. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"?-(Surah Al-Rahman). Syukur atas kemurahan Allah SWT keatas hamba-hambanya dengan memberi nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun diakhirat kelak.. 

Salam sayang. salam ramadhan qareem





No comments:

Post a Comment