Tuesday, 13 August 2013

Allah Selamatkan Kamu


Bismillah hirahman nirahim…

Selamat Ulang Tahun Sayang.. moga Allah merahmati hidup hubby dunia akhirat, moga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik dan sihat, hopefully menjadi anak yang baik, taat pada mama dan abah & menjadi bakal suami yang soleh utk isteri dan anak2. Inshaa Allah.. :) 

 8 August 2013 bersamaan 1 Syawal adalah hari bahagia untuk dirai. Pertamanya kerana HARI LAHIR Izham Hakim yang pasti dulunya dinanti2kan oleh mama abah. Dan keduanya adalah HARI RAYA AIDILFITRI dimana tahun ni juga jatuh pada tarikh yang sama. Cuma… orgnya saja tak bersama. huhuhu. L Andai kamu ada, pasti semua gembira. Cepat pulang sayang, saya….

Ramadhan karim sudah berakhir. Sebelum Aidil Fitri pergi, diri hendak memohon maaf atas semua kesalahan, terlanjur kata, terkecilkan hati kpd yang mengenali.. Syukur diberi peluang seketika ini. Kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita diberi kesempatan untuk menyambutnya lagi..


Air tak selalu jernih, begitu juga ucapanku
Kapas tak selalu putih, begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru, begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus, begitu juga langkahku
oleh itu, ampuni aku

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG &

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

 p/s : entry ni dibuat pd 8 august 2013, disebabkan line tidak memberi keizinan, maka entrynya terpaksa dipostpone. :)



No comments:

Post a Comment