Saturday, 17 August 2013

Menanti hadiah

       Bismillah...

Bukan handsome yang kucari
tapi adab dan pekerti memikat hati
Bukan handsome yang kucari
cukup 5 waktunya setiap hari
Bukan handsome yang kucari
tapi bijak bersopan terhadap ibubapanya sendiri dan diriku nanti
Bukan handsome yang kucari
pandai menjaga akhlak dan agama pasti diberkati
Bukan handsome yang kucari
soleh dan menjaga peribadi lebih disukai
Bukan handsome yang kucari
cukup sygkanku seikhlas hati yang kekurangan serba serbi
Bukan handsome yang kucari
Tapi redha ibubapa mesti didahului



“Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum ayat 21)



Wednesday, 14 August 2013


Thailand.
Hampir 2 bulan,

Si dia bersama Mercy disana…

Pattani bumi bergolak. Thailand bukan seperti Malaysia. Walaupon daerah Pattani, Narathiwat dan juga Yala mejoriti adalah menganut agama islam, tetapi mengapa mereka bersengketa? adakah kerana kebangkitan bangsa mereka disana? bangsa melayu islam yang sering dizalimi, ditindas, dinafikan haknya? Disebabkan perbalahan puak-puak mereka yang tidak sudah-sudah, masyarakat yang menjadi mangsa, masyarakat yang tersiksa dan mungkin puluhan ribu terkorban. Bukan itu saja, para pelancong yg datang juga turut dijadikan sasaran. Kasihan. Bukan bercakap soal islam semata-mata. Tapi nilai kemanusian.

Mungkin perbalahan puak-puak ni membolehkan mereka mempunyai ‘tiket’ untuk berbunuh-bunuhan setiap hari? setiap masa? setiap saat.? Nyawa manusia yang tidak berdosa menjadi sasaran. Islam agama damai, agama aman.. Nauzubilah.. Tuhan, selamatkan mereka disana.. satukan hati2 mereka supaya tidak berpecah belah. supaya orang lain tidak ditimpa musibah.

Hati tidak tenang melihat berita pengeboman dan tembak menembak setiap hari yang berlaku. Apa yang kita rasa jika orang yang berada disana adalah family kita, suami isteri kita?, saudara mara kita? Masya Allah, luar saja tenang tapi Tuhan lebih tahu. kumampu hadiahkan doa buat kamu. Mendoakan keselamatan kamu wahai syg baik2 selalu dan dilindungi.. Bertugaslah dan berjihad dengan nama Allah.

Untuk kita disini, Kita hanya beberapa jengkal je dengan mereka. Hanya sempadan yang memisahkan kita semua. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga boleh terlepas disempadan Malaysia dan menjadi pelarian disebabkan penindasan yang berpanjangan.. Sampai bila bergolakan mereka akan berakhir? Wallah Hualam..

Bagi kita yang percaya padanya, ajal maut semua ditangan Tuhan. Memang benar. Tawakal, dan cuba berusaha untuk mengelakkan diri daripada ditimpa musibah mampu diminta daripada Allah melalui doa. Ayuh, tadahkan tangan kita, berbicara... Allah mendengar.

p/s : please take a really good care of yourself my dear. we always pray the best for ur healthy and safety. we love u wholeheartedly n miss u much here syg.




Tuesday, 13 August 2013

Allah Selamatkan Kamu


Bismillah hirahman nirahim…

Selamat Ulang Tahun Sayang.. moga Allah merahmati hidup hubby dunia akhirat, moga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik dan sihat, hopefully menjadi anak yang baik, taat pada mama dan abah & menjadi bakal suami yang soleh utk isteri dan anak2. Inshaa Allah.. :) 

 8 August 2013 bersamaan 1 Syawal adalah hari bahagia untuk dirai. Pertamanya kerana HARI LAHIR Izham Hakim yang pasti dulunya dinanti2kan oleh mama abah. Dan keduanya adalah HARI RAYA AIDILFITRI dimana tahun ni juga jatuh pada tarikh yang sama. Cuma… orgnya saja tak bersama. huhuhu. L Andai kamu ada, pasti semua gembira. Cepat pulang sayang, saya….

Ramadhan karim sudah berakhir. Sebelum Aidil Fitri pergi, diri hendak memohon maaf atas semua kesalahan, terlanjur kata, terkecilkan hati kpd yang mengenali.. Syukur diberi peluang seketika ini. Kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita diberi kesempatan untuk menyambutnya lagi..


Air tak selalu jernih, begitu juga ucapanku
Kapas tak selalu putih, begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru, begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus, begitu juga langkahku
oleh itu, ampuni aku

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG &

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

 p/s : entry ni dibuat pd 8 august 2013, disebabkan line tidak memberi keizinan, maka entrynya terpaksa dipostpone. :)



Friday, 12 July 2013

End Up-TaMat-Over


Bismillah Hirahman Nirrahim
Assalamualaikum, Salam Ramadhan Al-Mubaraq

3 Ramadhan,

 Syukur. Syukur. Syukur Ya Allah. Syukur Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT-
Akhirnya… Secara rasminya ehem ehem.. saya telah menamatkan zaman bujang.. ehh ehh? salah!.. haha yeayyyy im done with my degree. Ya allah rasa tu hanya ALLAH je yang tahu macam mana. Yup! sedeh memang sedeh sebab nak tinggalkan alam university, tinggalkan kawan2, tinggalkan kenangan kat sini, tinggalkan adik-adik junior (xdekaitan) tapi dalam sedeh tu ada kegembiraan yang mak ayah impikan. Yang diri sendiri seronok untuk meneruskan hari mendatang. Saya dah jadi penganggur lah? J Nampaknya penghijrahan baru bermula-- doakan moga rezeqi semua dimudahkan.Amin

J 3 tahun dulu-- Angan2 dan impian selalu seiring. Hanya melihat kawan-kawan dari jauh. Bilamana yang lain sudah ada degree, diri sendiri masih lagi merangkak ditahun pertama.. Demi tekad yang satu, harus dihabiskan. Pupuk hati terus bersabar, tepuk dada yakin diri. Insha Allah masanya akan tiba, bialah lambat berbanding kawan2 seusia. Tak kesah, asalkan apa yang dihajati menjadi realiti.. tup tup dah turn sendiri.. Owh lega. Tahun ni berpuasa dan Beraya dengan fikiran yang kosong. tiada assignment, tiada report, tiada thesis.. Nikmat-

Tempuh tiga tahun menempuh segala macam onak duri (waduh2 ayat. hehe) banyak sokongan dan bantuan daripada pelbagai sisi yang sentiasa membantu. Sisi kanan, kiri, depan , belakang, atas bawah. hehe Benar. Jasa kalian sangat besar! Mak abah, mama abah, cik abg, lecture2 dan juga teman2 dunia akhirat. Terima kasih atas jasa-jasa kalian, belas kasihan, pertolongan, pengorbanan, perkongsian, pengkritikan dan juga kasih sayang. Sya tak mampu membalasnya dengan setimpal. Tapi Insha Allah, Allah pasti membalas.. 



P/s : Syukur dengan anugerah sang maha Rahim. Berkat usaha dan juga doa ibu bapa akhirnya termakbul. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"?-(Surah Al-Rahman). Syukur atas kemurahan Allah SWT keatas hamba-hambanya dengan memberi nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun diakhirat kelak.. 

Salam sayang. salam ramadhan qareem





Saturday, 30 March 2013

Belajar mengira




Bismillah 

Hari ni langit sangat cerah. Semalam hujan turun mencurah2. Dah beberapa hari hujan turun di bumi puncak perdana. Berdiri di balkoni saat badan rasa tak bermaya. Mata dah susah nak focus apa yang dibaca. Satu-satu perkataan caba ditangkap. Baca, hilang.. baca, hilang.. Satu pon tak sampai ke otak.  Ke kiri ke kanan mata cuba melihat blok-blok bangunan yang ada. Tersenyum. Hampir 3 tahun jasad setia di tempat ini. Malah hari pertama dulu pon masih terasa. pantas masa melintasi kita. Tanpa sedar, sisa aku disini boleh dikira tinggal berapa lama lagi. Agak lama termenung diluar, tempias-tempias hujan tadi mula terasa. Lantas kesejukan tu yang membawa aku terlena sehingga subuh.

Pagi sabtu ni seusai solat subuh, kondisi diri masih seperti semalam. Terdiri tegak, tapi goyah. Kepala masih berat. Banyak sangat berfikir? Tidur sebentar tadi fikirku sudah lena. Tapi kenapa tidak reda-reda? Mula gelabah. Sambung tidur kembali. Mungkin kejap lagi reda? Insha Allah.

30 Mac, birthday abang.. Badrul Nizam Bin Ismail.. J pantas telefon dilekat ke telinga. Bernyanyi saat telefon diangkat, tersengeh kecil kedengaran disitu. Mesti abg terharu. Ku doakan moga abang dunia akhirat ku dipanjangkan usianya, dimurahkan rezeqinya (dah nak kawin), dirahmati hidupnya.. Amin. Anak bujang yang masih  memeluk mak saat menonton tv. Aku bahagia ada abg. Terima kasih abg. Sekarang baru kusedar kenapa adiknya sering diawasi dahulu.

Esok hari terakhir di bulan Mac…


Saturday, 9 March 2013

Tidak ada

Bismillah.

Tidak ada yang dapat mempercepatkan tibanya pemberian, selain rasa rendah dan memerlukan-Nya..


"Tidak ada yang menyegarkan (terkabulnya doa) kecuali saat terdesak, dan tidak ada yang dapat mempercepatkan tibanya pemberian Allah kepadamu kecuali rasa rendah diri serta sikap memerlukan."

Allah akan sangat dekat kepadamu, sesuai dengan tingkat keperluanmu kepada-Nya. Dan saat yang paling tepat untuk seorang hamba meminta kepada Rabbnya adalah ketika ia tengah berada dalam keadaan terdesak (terzalimi). adapun jalan untuk memperoleh pemberian Allah itu adalah, engkau harus benar-benar bergantung dan merendahkan diri di hadapan-Nya. kerana Allah akan memenuhi permintaan sesuai dengan kadar ketundukanmu kepada-Nya.

(Kitab Al-Hikam)- Syaikh Ibn "Atha"illah as- Sakandari

Thursday, 21 February 2013

U deserve it..



Bismillah.
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada tuhan sekalian alam. Aku memilih untuk bahagia.. dengan rasa syukur kepada Tuhan, bahawa aku masih boleh bernafas. Aku memohon diberi ketenangan dan hidayahmu. Limpahkan rezeqi dan kasih sayang untuku, keluargaku, sahabatku, dan insan tersayang.  Amin.

Untuk bulan ni sahaja ada beberapa perkara yang sangat menggembirakan. Alhamdulillah permulaan yang baik bagi tahun 2013. Harapannya hingga ke hari-hari mendatang.

Kalau cakap pasal student agak-agaknya apa yang berada didalam fikiran sekarang? Buku, assignment? Thesis? Stress? Owh Yup! Tepat sekali. Memang stigma macam ni tak dapat nak lari. Dah memang sebati sesangat as a student. Nama pun dah student tentu semua tu sebahagian dari hidup kita. Tak rugi pon actually. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak perkara yang kita rasa nak tahu lagi dan lagi. Dan kadang-kadang tu baru la kita rasa kecilnya kita dengan ilmu yang ada ni. Tak cukup sebenanya. Ilmu tu sangat luas kan, jadi janganla berhenti mencari ilmu yang ada selagi kita masih mampu mendapatkannya. 

Sabagai student satu perkara yang paling ditunggu-tunggu dan sangat menebeskan dada adalah result. Betul kan? hehe tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat result yang cemerlang last week. Eh Macam dah basi je? Xpe Abaikan. Tahniah tu yang penting =)

Tapi yang paling latest, hot, dan masih terasa bahang kehangatanya adalah Semalam. Ye semalam. hehe hari yang paling gembira sekali tok buah hati dan sudah tentu mama dan abah beliau..saya juga tumpang gembira. :) Alhamdulillah syukur, Tahniah tok cik abg syg Izham Hakim.. segala-galanya dah ditranslatekan di dalam last result yang mengagumkan tu. Masyallah kagumnya saya! (Tiba-tiba rasa bersemangat sgt nak belajar) Insyallah tak lama lagi dah grad dgn gelaran Dr Izham Hakim. 

Tahniah sekali lagi untuk usaha keras, kesabaran, pengorbanan, kecekalan dan pengalaman selama 6 tahun dibumi Russia tu sangat berbaloi. Dy layak untuk itu semua. Walaupun macam-macam yang dah dilalui tapi Allah maha adil kan? Dia bagi kegembiraan tok hari ni dan insyallah akan datang. Bukannya mudah untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Perlunya pengorbanan dan rasa kepayahan untuk dy terus berusaha. Tahniah atas kejayaan yang dicapai. Kita sama-sama bersyukur kepadanya moga nikmat kejayaan ni berpanjang. amin :)

Menunggu hari-hari seterusnya dengan sabar.. Allah always save the best for the last. :)

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat”.

p/s : Sayang Lillah Taala. moga diberkati selalu. amin :')


Salam.