Sunday, 18 December 2011

plagiarism kot?

assalamualaikum..

note ni saya amik dari fb En Zulfadli Kamaruddin. aka myencik
wahh! tu ayat pertama keluar..hehe
xtaulah kan samada dia buat sendiri or amik kat mana2 bahan bacaan.
saya ni lebeh kurang macam plagiarism cikit. Amik dulu nanti baru gtau kat dia.hehe
so..ni la dia.
macam org tengah bercinta je kan?ahak2..

andaikan di dunia tiada cinta
mati kosong dan hampa tanpa jiwa
andai kata di dunia tiada cinta
apa yang kau impikan sia-sia

bila saja di dunia penuh cinta
hidup lebih bermakna bahagia
dan bila hanya ada cinta di dunia
semua terlihat indah mempesona







aduhhh...giler jiwang kot. dah pndai sekarang ni jiwang2..
ps: sori yang amik u punyer..





Friday, 16 December 2011

Teater 'Ayam Jantan Ayam Betina' 2011

Assalammualaikum..

shortly update! :D

Meh sini nak bagi tau sikit pasal teater AJAB. Aku baru je pergi tengok malam tadi. even banyak kerja tapi perlu juga  luangkan masa sekejap tok support Senior aku iaitu Abang Azim merangkap Pengarah tok Teater ni. Tak lama pun juz 2 jam lebih macam tu.

"Ayam Jantan Ayam Betina"

 Kadangkala kehidupan kita ini ibarat tingkah laku sereban ayam, berkokok menunjukkan lagak dan bertelur sebiji habis riuh sekampung. Riuhh!! keluarga Rahim didatangi oleh keluarga Tuan Dollah yang menuntut ganti rugi sebanyak RM5000 kerana anak perempuannya telah di "Good Night Kiss" kan oleh anak lelaki Rahim. Tindakan Tuan Dollah itu telah menyebabkan Midah, isteri Rahim marah dan tidak mahu membayar ganti rugi tersebut. Maka tercetuslah konflik di antara keluarga Rahim dan keluarga Tuan Dollah.

Teater ni bagi aku sangat la best n enjoy bila tengok. tambah2 lagi b4 ni stress memanjang kan. so kali ni bole la release tention sikit..komedi yang ditonjulkan banyak membuatkan penonton tidak jemu utk menanti aksi  seterusnya. Para pelakon juga sangat lah bertenaga, maybe sebab ni malam pertama kot?,pape pon hope mlm n show2 selepas ni pon anergi mereka akan tetap maintain!!. aku sangat  tertarik melihat aksi mereka yg bagi aku sangat bersahaja dan melucukan..good job la u guys!! ;D



sebelum show bermula. macam biase lah kan..




pergi berdua je mlm ni. Ana kawan kite yang sorang lg tu ada date ngn bf dia..hihi 


Pengarah Ayam Jantan Ayam Betina..
A. Azim Shahrim 
kredit tok dia!!!





Sunday, 11 December 2011

Merasa

aku lihat kamu..
aku melihat kamu..
aku hanya melihat kamu di alam maya
sesekali aku merasa seksa dan pedih jiwa
aku merasa seperti kau juga,
tapi tak sama sebenar-benarnya
kerana kamu yang merasa
semua perkara..
aku mendengar tanpa menutup telinga.
seluas-luasnya akan ku buka
melihat walau hanya di papan komputer riba
sabarlah wahai hati disana
seketika sahaja. ya seketika sahaja.
moral takde semangat je rasa
wahh!! memang seksa!
kuatkan semangat kamu wahai cinta
aku sentiasa ada
walau tak bisa bersama disana.
aku sentiasa ada.
akan ada.
untuk kamu cinta!

Saturday, 10 December 2011

Pergi

kau buat aku tergigit bibir
kala aku terfikir sendiri
sampai bila harus ditunggu
esok masihkah ada waktu? untukku dan untuk mu?
hari ini sunyi sendiri
satu kerja tak berganti
otak mati jiwa sendiri. ah letih. tolonglah pergi

telah letih menunggu masa
sampai bila tiba masanya
janji aku dah berjuta
dah! tak nak dengar
khabar nanti-nanti saja

mulut terkunci hati berhenti serta merta
titik. noktah dan tanda tanya.
bermain di setiap nada
aku biasa-biasa saja
buat muka selamba loya
dibiarkan saja sampai esok lusa.

Thursday, 8 December 2011

hari penat x penat kot..

assalammualaikum..

perasan atau tak lately aku sgt rajin membelek blog ni. bukan maksud aku xde assigment yg melambak. xde kje sekolah yang kena submit.. tapi rasa ingin berkongsi dengan korang membuak-buak rasenya..hakhak..perlu jugak aku tulis cikit-cikit nampaknya. baget ada orang bace blog ni lah kan..ecehh! abaikan je. kalau ada yang sudi bace! tq So Muchhh!!..muahhxx.. :D

hari ni tak nak cite banyak-banyak.
juz nak bagi korang tengok gambar yang di snap time promosi filem aritu..
masih fresh lagi nih. 2 days ago je pon. ni adalah under subject Event and Festival Management. tapi banyak program yang join coz biasa la kan if melibatkan sebarang event tentulah memerlukan banyak position.. sape yang handle camera la. yang ni dilakukan oleh MCP ( multiple camera production) bahagian protokol la. Stage manager, floor manager, media n publicity, marketing, logistics n so on. banyak sangat. xmampu nak taip semuanya.

walaubagaimanapun dengan adanya orang macam ni la event akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. even ada salah sana sini. itu adalah asam garam dalam sesuatu event. takde apa yang sempurna. sebagai manusia kami telah melakukan yang sehabis baik. yang baik datangnya dari Allah yang tak elok datangnya dari diri kami sendiri. Wallahhualam..

ok! cukup kot melalut..
nak tengok!.. :D

time briefing sampat lg posing dl.. PM mesti hangin je tengok..hihih


ana, aku & kirin.. kawan yg kemana2 je mesti bertiga..
kalau tak de salah sorang mesti org akan tanya..ehh mne 1 sorg? (haha x caya sudah..)


Tini, Kirin, Ila (MC pd hari tu) & aku..ni snap time dah abis event. b4 2 tak sempat nak bergambar. memang kelang kabut buat kje lain. kekonon rajin la kan.ahakkx !.. :p




p/s : xdapat nak upload banyak2..memang kesian tenet sangatla slow. . huhuh..

tata korang..

thnk you 4 reading this entry..

salam. :)

Wednesday, 7 December 2011

BUDU makanan wajib org KELATE!

assalammualaikum..


Bila disebut pasal budu nie ia amat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Percaya atau tidak hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka! Betul ke? Tanya lah orang Kelantan, sy orang Perak. hehe Erm.. apa yang bagusnya pasal budu nie?

Buat pengetahuan korg sume, terdapat banyak kelebihan budu nie. Sehinggakan kandungan budu ini dikaji oleh saintis barat untuk mencari khasiat budu dan kelebihan budu itu sendiri. Di bawah ini adalah artikel yang menceritakan pememuan khasiat budu oleh pengkaji.

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan

reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner
akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.. huh memang tinggi khasiat budu ni..namun x tahu pulak sampai dibuat kajian bagai..

ok! moge info yg dikongsi mendapat manfaat kpd korg semua. manela tau kot2 bakal bf/gf / tunang or suami/ isteri korg ore kelate. xdelah kekok sangat nak mencube selepas tahu khasiatnye.. ye x?. hehe

p/s : xde kaitan dgn bf org kelate.. hahaha


sekian.. :D.

Sunday, 4 December 2011

tak nak tgk awak sedeh

saya nak tengok senyuman awak.

jangan risau,
kita banyakkan doa,
semoga jodoh kita nanti,
bersama dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Pencipta juga.

Ya Allah,
tetapkanlah orang yang mencintaiMu, mencintaiku.

perempuan.
hatinya lemah.
mudah rapuh.
mudah kecewa.
mudah menangis.

tanpa saya sedar.
lelaki juga begitu.
anggapan saya lelaki tidak akan begitu.
tidak akan kecewa,
tidak pernah serius.
tidak akan sedih.

namun,
hanya kerana satu.
yang bernama Cinta.
tidak ada bezanya lelaki dan wanita.
ok?

ni nasihat saya.
kalau awak tak nak terima,
saya minta maaf.



haha.
terpulang awak nak cakap apa.
mana yang baik, kita jadikan teladan.

Moga kita sama-sama mendapat redha Allah Swt. amin.. :)

Saturday, 3 December 2011

Hawa

salam.


Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita..

Friday, 2 December 2011

pagi

belum mahu menutup mata. akhir akhir ni mata bukan berfungsi pada wktu yg sepatutnya. heran. nak kata banyak tidur, kurang. mata makin degil utk mengecil.. esok pagi baru terhegeh2 lerlari mencari. mata kau akan mengecil.dan kau pun akan bersengguk2..ahh malulah kalau org lain tengok.

doa mendapat jodoh yg baik..

assalammualaikum..

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,

Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya..


salam..