Wednesday, 18 January 2012

Balinese again! yuhuu..


Assalamualaikum.. hai all

Now da start cuti sem. yeayy!!Dah abis pun sem 3.alhamdulillah.:P ok sekarang tamo citer pasal cuti sem sebab mood berholiday masih ada.Aku juz nak share time melancung di luar negara. :) tak jauh sangat pon seberang negara kita je n juz amik masa 3 jam untuk sampai.. (org dok bz exam..aku lari g holiday jap).. :P

Melancung ke negara orang sememangnya satu pengalaman yang sangat menyeronokan dan cukup berharga.. Bukan tidak mahu memajukan industri pelancongan negara, tetapi di negara luar ada yang tiada di negara sendiri. Apabila sudah melancong ke negara orang time ni boleh wujudkan perasaan berbangga dengan negara sendiri, ooh, indahnya Malaysia! wahhh... :D

Kali ni aku cuba kongsi benda-benda yang menarik ketika di bali tempoh hari.Memang sesuatu yang menarik untuk dikenang,yang bestnye coz ni kali kedua aku jejakkan kaki di bumi Bali.Amin lagi sekali.Tapi malangnya kali ni cuaca tidak mengizinkan pulak. Hujan dari pagi sampai ke malam. Namun tak mematahkan semangat kitaorg satu family untuk berjalan walaupun kemana saja dengan berpayung..hihi.Jom kite tengok ape benda yang menarik di Bali :)


Harris Riverview Hotel&Residences. area kuta town dalam 15min dr airport. aku bole bagi 4/5. actualy hotel ni baru je beroperasi lebih kurang dua bulan yg lepas.so pada sape2 yg nak g melancung ke Bali tu, boleh la book hotel ni, harga pon ok sesuai dgn 4 starnye.. :) oren...nice


ni hari last aku kat sane. Malam tu dah kena fly to KL coz ada exam keesokan harinya. Fly sowang2 tau. the rest blk esoknya. hukhuk.. :(






Ulun Danu temple area Tabanan. This very important Hindu-Buddhist temple




Bali Coffee & spices. datang ke bali rugi kalo tak singgah ke sini sekejap. ada kopi luwak! :D kopi luwak ni campuran biji kopi bersama taik musang. tok kesihatan katanye. dotno







Tempat ni nama dia Taman Ayun royal temple park. In general means is a place that used by Hindu Balinese to respecting, and sense of thanks giving to the God, that surrounded by beautiful water garden.











Tanah Lot One of Bali's most important sea temples, Pura Tanah Lot (Temple of Land in the Middle of the Sea) is a spectacular sight, especially at sunset. :)




sopping..sopping..sopiiing...


Memang di mana sahaja kalau pergi melancong, harga kepada pelancong ni akan jadi mahal. Kalau di Bali, sangat tidak patut harga yang dikenakan pada pelancong. Jadi, apa yang boleh dibuat adalah tawar. Tawar pun kena ada skill juga. Contoh kalau satu barang dia letak 100 ribu rupiah, terus tawar separuh harga iaitu hanya 50 ribu. Kalau pandai menawar, mungkin dapat 50 ribu tu, tapi kalau tak dapat, 60 ke 65 ribu pun dah ok. Lepas tu untuk barangan seterusnya, bila dia cakap 90 ribu, jangan tawar separuh harga, terus tawar 1/3 harga asal iaitu 30 ribu. Orang kedai ni pandai, sebab dia akan terus naikkan sebab tahu yang kita tawar 
harga separuh, jadi, jadilah lebih bijak dengan menawar hanya 1/3 untuk barangan seterusnya. give it a try la. (Gambar takde coz bz menyoping kan) sowi..




Untungnye jadi orang Malaysia (amin) :D


Berada 4 hari dan 3 malam di Bali ni, memang penuh dengan pelancong asing.  Hampi 50% aku rasa adalah pelancong asing kalau di pantai kuta tu. Masa jalan-jalan di sekitar sana, memang boleh nampak begitu miskinnya orang disana. Yang kaya memang ada tapi yang miskin tu bersepah-sepah. Tak pasti berapa tahap kemiskinan orang disana tapi kalau tengok memang kesian. sayu pun ada bila melihat si ibu mendukung anak kecil yang matanya terpejam. entah diberi makan ape kat anak tu pun tak tahu la. Banding dengan negara kita, walaupun ada yang hidup mengemis, tapi keadaannya tidak seteruk disana.



kalau korang  tak bersyukur jadi warga Malaysia.. sila2 lah berjalan ke tempat orang. then lepas tu korang baru akan faham :)

thanx read this entry.. 
p/s : hope u guy dpt info sikit2 dari sini. manalah tahu kot2 nak pg ke Bali pulak lepas ni  :)


Monday, 2 January 2012

Jodoh & Takdir



02012012
بسم الله الرحمن الرحيم
selalu aku berdoa

kepada yang maha esa

moga di kurnia seorang 

raja di jiwa

tempat untukku curahkan segala rasa

perasaan yang tersimpan seribu satu makna. 

di kala aku keseorangan dia penghibur dan juga peneman. 

hati yang sayu tidak kesepian. duka dan lara tiada keresahan.  

Ya Allah

tidak ku pinta yang menawan,
tidak ku harap yang hartawan
bukan jua kerna kedudukan 
cuma kudamba, insan yang sepadan

kasihnya sejati, bukannya keterpaksaan. 

biarpun derita yang menjadi rintangan. 

ketulusannya, yang tiada bandingan. 

tercipta indahnya peribadi insan. 

Ya Allah


tidak ku pinta yang menawan,
tidak ku harap yang hartawan
bukan juga kerna kedudukan 
cuma kudamba, insan yang sepadan.


p/s : want u feel all alone in this world and there's nobody to count your tears. juz remember no matter where u are, allah know..


image ni takde kene mengene.. :) hanya hiasan semata.mata

Sunday, 1 January 2012

E-day



hai u all.. yeay dah tunang!!! yaey!!! tapi bukan akula. sob sob..
 (tapi korang doakan turn aku plak ye pasni?)amin

assalammualaikum semua..

Jap korang. Apa korang rasa if ada saudara terdekat korg bertunang or berkahwin? mesti korang heppy sekali kan? so benda ni sama la macam aku semalam. cosin aku dah bertunang. :) betul-betul dia pilih akhir tahun iaitu 31/12/2011 (semalam). Alhamdulillah dah selamat semuanya. tunggu nak langsungkan pernikahan sahaja lagi. Insyallah if tak takde aral tahun ni dia akan kawin. Syukur. Aku tumpang gembira actuly, moge2 apa yg mereka rencanakan termakbul dan kesampaian..amin..Soal jodoh, ajal maut ni semua di tangan tuhan. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan akhirnya berserah dan bertawakal kepadanya..Benda yang baik, insyallah baik la jadinya. :)

 Dalam hal yang lebih khusus Allah SWT menyebut tumbuh-tumbuhan, binatang dan manusia pun diciptakan berpasang-pasangan. Termasuk segala sesuatu, yang tidak kita ketahui.
1. Lelaki adalah pasangan wanita. Demikian pula sebaliknya. Jika mereka tidak berpasangan atau memilih pasangan yang lain, maka hasilnya adalah masalah tu. Baik secara individual ataupun sosial. Keduanya saling melengkapi dan memerlukan.
2. Mereka yang tidak berpasangan, ia menyalahi fitrahnya. Malangnya di zaman moden ini ramai yang tidak mengakui hikmah berpasangan. Ada yang berasa hidup lebih menyenangkan jika bersendirian. Mereka menganggap perkahwinan menjadi beban kepada mereka. Mereka menurut kata hati berbanding fitrah yang ditetapkan.
3. Hasilnya masyarakat tidak berkembang, umat Islam berkurangan dan mereka tidak sedar mereka sudah mengingkari perintah Allah SWT dan Rasulullah s.a.w. Kembalilah kepada fitrah dan nikmatilah hikmah di sebalik tabir perkahwinan.. :)


cerita semalam ..

bertema kan colour pink..so sweet..macam manje2 gitu


amik peluang sekali berposing. bekpi la org nak kata apa
. cek nak bergambaq ja. tak salah kan? 






bonda kesayanganku bersama anak buahku -Damia-


dah xtau nak buat apa.. sapa ja yg lalu suh snap.
 sapa suh lalu depan aku kan. kan dah kena. haha :P

salingan...

p/s : Sabda Rasulullah s.a.w:“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia,kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

aku hanya wanita biasa ye.. :)


"Aku sering memasang angan untuk membina istana indah. Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU. Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia akan ada disitu. Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, cukuplah akad dan janji yang setia."

Assalamualaikum semua. doakan saya dan saya sentiasa doakan kalian juga.. love u all :D

thanks read this entry!