Tuesday, 22 May 2012

Short stories



Assalamualaikum semua.. ehem2 testing testing..
as usual sya budak yg "sangat rajin mengupdate velog" kn?.. ok sebagai balasannye dan disebabkan sy sangat baik hari ni sy nk share dgn korg semua pasal short stories, dalam bahasa melayunya cerpen pendek. ehh macam la korang xtau kan yg sy sebuk nk translate?..kan dah kate, sy rajin hari ni. hari ni je tau :D okla, enjoy reading. ada salah sane sini boleh beri comment. yg membangun sy terima, yg gitu2 pon sy terima. :) 

BELUT

            “Dah lama rasanya aku tak ke Langkawi ni. Seingat aku adalah 5 tahun yang lepas. Itupun sebab ada family gatherings. Kalau tak, jangan harap aku sampai ke mari”. Nina memulakan bicara sewaktu kami bersama-sama dalam perjalanan ke hotel yang telah dibooking oleh syarikat. Masing-masing diam membisu dari tadi. Mungkin keletihan agaknya. Balik je dari kerja tadi terus je ke Airport dan sampaila ke sini. Bicara khalida di dalam hati. “Aku pun sama Nina, dah lama tak kemari. Suasana dan tempat ni pun tak banyak yang berubah, sama jugak macam dulu. Adalah tambah sana sini sikit tapi takla ketara sangat kan”. Giliran Maya pula bersuara. Aku yang duduk bersebelahan dengan pemandu hanya menoleh ke belakang sambil tersenyum. Mulutku masih diam terkunci untuk bersuara. Aku lebih suka berdiam diri serta memerhati pemandangan Langkawi yang nyata aman dan damai ini, sambil melihat gelagat kawan-kawan yang sememangnya suka bercakap tanpa henti. Kalah mulut murai kalau dibiarkan terus.
            Sampai saja kami di hotel Tanjung Sanctuary Langkawi Resort, setelah selesai semua check-in, masing-masing merehatkan diri dibilik hotel. Nina seperti biasa tertidur keletihan dengan mulut yang ternganga seluas-luasnya. “Kalaulah lelaki nampak ni, aku belum pasti mereka akan nak”. Bisik Maya di tepi telingaku. Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala dah terus berlalu ke bilik air. Selesai solat magrib, aku mula mengejutkan Nina yang aku sedari tadi tidur tak sedarkan diri sambil diperhatikan Maya. Kalau dibiarkan begitu, boleh sampai ke pagi esok agaknya. Sebentar lagi kami mahu turun kebawah bagi mencari makanan untuk mengisi perut yang sedang kelaparan. Saja tak mahu makan di hotel. Kerana ada ‘sesuatu’ yang mahu di cari disini.
            “Aku dah lama tak makan sup belut. Fadli cakap kat area Langkawi ni ada restoran yang menghidangkan sup belut fresh. Aku nak try! Korang macam mane”? Tanya aku kepada Nina dan Maya. “Eerr sup belut? Ko ni biar betul Khal, kita datang dari jauh kau nak ajak aku makan sup belut je? Eerr.. peliss!! Belut-belut ni tak main la. Bukan selera akulah. Dengar kau cakap pun dah loya tekak aku tau”. Nina bersuara. Maya hanya tersenyum mendengar kata-kata Nina sebentar tadi. Faham benar dia dengan perangai si Nina ni yang belagak ala-ala anak orang kaya ni. Kononnya hanya makan steaks, spaghetty, swiss rosti jelah kan? “Aku nak ikut kau”! Terang Maya kepada Khal. Khalida senang digelar khal bagi rakan-rakan mereka.  “Ok set. Jom”! Khal dan Maya terus memulakan langkah.
            “Eerrhh korang, aku pun nak ikut jugak. Tapi aku tak nak la makan sup belut tu, geli”.. Nina mula merengek seperti budak kecil. “Eh! Ko ingat kat Langkawi ni ada jual sup belut jeke”? Perli Maya kepada Nina. “Aku tau la.. Eee!!”… Nina mula menjeling memandang Maya dengan muka tak puas hati. Mereka berdua ni dah macam anjing dengan kucing. Kalau tak bergaduh mulut memang tak sah. Aku hanya mendengar je mereka bertikam lidah.
            “Alhamdulillah. Sedapnya Khal! Selesai semuanya. Kenyang perut aku ni. Sup belut tadi tu memang power lah! Rasanya pun segar jekan tambahan lagi kita perah dengan asam limau. Perghh!! meleleh air liur aku. Kalah steak yang Nina makan tadi agaknya. Kan Nina kan”? usik Maya sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke hotel. “Ehh Maya, aku tak terliur macam kau lah. Kau tu semua benda depan mata sedap. Belut yang macam ular tu pun kau cakap sedap. Tak faham aku”. Nina menggelengkan kepala sambil senyum sinis. “Dahlah tu! korang berdua ni memang macam anjing dengan kucinglah!. Dari tadi lagi asyik bertekak je. Sakit telinga aku ni tau tak? Lain kali aku dah malas nak pergi seminar dengan korang berdua ni. Korang pergilah berdua. Aku tak pergi pun takpe. Patutnya kerja sambil makan angin ni bestla cikit. Boleh relax, tenangkan diri, tapi ni tak”! Khalida yang dari tadi diam membisu mula bersuara bengang. “Khal, aku main-main je tadi, si Nina ni je yang lebih. Terasa lebih plak aku cakap tadi, aku ok je”. Maya mula memujuk Khal yang mula hangin dengan mereka berdua.
            Selepas bertekak dengan Maya tadi, Nina terus naik ke atas. Katanya handphone dia tertinggal sebab tengah charge. Risau plak dia kalau boyfriend dia call dia tak jawab. Tau sajala perangai boyfriend dia tu, pantang tak angkat phone, bergaduhnya sampai orang lain terbabit sekali. Tambah lagi kalau melihat muncung sedepa Nina tu, boleh dibuat tocang agaknya. “Khal, aku rasa lebih baik kita naik ke bilik je. Dah lama jugak kita kat luar ni bersiar-siar. Sejuk plak aku rasa dok lama-lama kat tepi pantai ni. Lain macam je bulu roma aku ni meremang”. Maya cuba bersuara. “Sejuk sangat la tu ajaknya sebab tu meremang, Jom lah, aku pun dah mengangtuk ni, esok pagi-pagi kita dah start seminar”.  Balas Khal dan meraka terus naik ke bilik hotel.
            Dua hari seminar ‘Marketing Power’ bersama Dr Azizan Osman telah pun selesai. Tengahari tu, aku berpakat dengan mereka hanya makan dihotel sahaja. Nak pergi makan di luar terasa panas dan bahang dengan cuaca sekarang ni. Jadi kami bersetuju petang nanti baru ingin bersiar-siar mencari barang-barang cenderahati buat keluarga dan kawan-kawan sepejabat. Makan tengahari ni aku dan Maya mengambil nasi putih bersama kerabu bronok dan ikan siakap masak kari. “bronok ni apa dia khal”? Tanya Nina dan maya dengan kerutan di dahi masing-masing. “Bronok ni sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Bronok ni selalu dimakan mentah, so dia dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti melayu di Langkawi ni. Bronok ni memang sangat popular la kat Langkawi ni dengan khasiatnya yang tidak dapat dinafikan lagi. Kalau tak rasa, rugi. Serius aku cakap sama kau” aku terangkan supaya meraka faham tentang perbagai makanan yang ada di Langkawi ni. Almaklumla dulu masa aku kecil-kecil, aku pernah tinggal disini, jadi ni adalah makanan yang pernah aku rasala dulu-dulu kan.
            Nina pulak ingin memesan makanan yang panas. Katanya badan terasa letih. “Lebih baik kau order sup je Nina, orang cakap sup ni boleh segarkan badan yang letih”. Terang Maya kepada Nina sambil tersenyum. “Emm kalau macam tu baiklah, aku ikut cadangan kau tu. Manalah tau kot-kot lepas ni ok”. sambil memesan kepada waiter yang sedia untuk mengambil order.“Kau nak pegi mana ni Maya”? Tanye Khal. “Kejap. aku nak ke restroom, tiba-tiba perut aku rasa tak berapa sedap la”. Balas Maya sambil tersenyum kambing. Beberapa minit selepas itu Maya pun kembali ke tempat duduknya dengan perasaan lega. “Banyak kau melepas tadi Maya”? Nina bertanya sambil tergelak kecil. “Adalah sikit, yang kau sebuk nak tau aku melepas banyak ke sikit ni kenapa? Nak ganti ke”?. jawab Maya diiringi gelak ketawa mereka bertiga.
            “Sedapnya aku tengok kau makan, Nina. Selalunya takdela sampai macam tu sekali kalau kau makan sup. Sedap sangat la ni ye”? Maya cuba bertanya. “Aah! Sedap plak aku rasa sup yang aku pesan ni, isi dia rasa lemak-lemak dan ada rasa kenyal-kenyal cikit. Mungkin dia letak isi ikan salmon kot”. “Ooyeke” balas Maya lagi..”entah-entah dia letak belut kot”?Maya cuba menguji. Kalau belut, memang aku tak makan la sampai licin macam ni. Kau ni pun satu, aku taula bezakan ikan dengan belut!. Rengus Nina dengan geram. Maya hanya tersenyum memandang Khal yang dari tadi dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Disebabkan tak dapat menahan gelak yang disimpan dari tadi, Maya pun terus bersuara dan berkata “Nina.. Nina.. sebenanya yang kau makan tulah belut, aku dah tukar order kau tadi! Aku nak jugak kau tau yang belut tu sedap sebenanya dan sekarang baru kau tahu kan”? Maya terus tergelak besar sehingga pelanggan yang ada disitu memandang kearah meraka. Nina yang dari tadi tak habis-habis menghirup sup, terus berhenti serta merta dengan mata terjegil sebab terperanjat. “Maya!!!.. kau keji!! Sampai hati kau bagi aku makan belut”!! Jerit Nina sekuat hati tanpa mempedulikan orang disekeliling mereka. 

hanya rekaan semata-mata.. workshop punye kje.. see!! " budak management jd bdk writing kejap"!  :P