Thursday, 28 June 2012



Bismillahirahmanirahim. . .

Di dalam duduk sujud aku berserah
Aku mohon kau dengari aku
Aku mohon kau kasihani aku
Aku mohon kau lapangkan dadaku
Ya rabbi
Selagi upaya akanku teruskan
Selagi terdaya akanku rendahkan
Selagi nyawa ada akan ku tadahkan
Ya rahman ya rahim
Hanya dikau tempat aku berserah diri
aku memohon.

Bila ini bukan masanya, bukan waktunya, jarakkan kami, pisahkan kami.
Agak kami jauh dari murkamu. Jauh dari perkara sia-sia. amin


Monday, 25 June 2012

be strong

bismillahirahmanirahim..






Kita Cuma manusia. Melalui hari hari tanpa mengetahui dimana penghujungnya. Ya allah, berikanlah kesihatan yang baik bagi hamba-hambamu. Moge kami dapat meneruskan hidup dengan redho dan penuh semangat untuk menghadapmu ya rabb.
Sakit lawannya sihat. Sebagai manusia juga kita tak dapat mengelakkan diri dari ditimpa musihab sebegini. tak kan penah menyangka akan sakit. Tak pernah
 meminta.
Wahai kekasih ALLAH,
Moga cepat-cepat sembuh.
Kami semua mendoakanmu. Akan sentiasa mendoakan.
doa utk kamu

moga ia berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)


salam.

Saturday, 23 June 2012

5 minit tak sampai



Assalamualaikum..

“Jika jatuh cinta dengan 2 orang, pilih orang kedua kerana jika kita benar2 cintakan yg pertama, kita tak akan jatuh cinta pada yang kedua.”

#UstAzharIdrus#

Pilih saje ikut hati? Alasan itu memang tidak bole dipakai dlm membuat pilihan.
Ia harus dipilih mengikut logic akal jugak bg melancarkan proses pembentukan hari esok esok. Tak gitu?
Aku paling bnci membuat pilihan, aku lebih rela dipilih.
Kerana aku tidak mahu menyesal dengan pilihan.
Antara memilih dan dipilih, yg mana kamu pilih?

Hari ni aku lost. Bnyk kje :P

Selamat malam. Thnx read this entry :D

Friday, 22 June 2012

student festival

assalamualaikum ualllsss :)

arini x mahu citer pape.. juz nak happbelut gamba.. 














Tuesday, 19 June 2012

utusan allah



Bismillahirahmannirahim…

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’una wa inna ila rabbina lamunqalibuna. Allahummaktubhu ‘indaka fil muhsinina, waj’al katabahu fi ‘illiyyina wakhluf fi ahlihi fil gabirina.

 “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”
 Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Bila, dimana, siapa? semuanya urusan Allah swt. Kepadanya kita datang, kepadanya juga kita kembali. Tahziah kepada Yana sekeluarga atas kehilangan bondanya yang tercinta. Ibunya telah kembali kerahmatullah ptg semalam yang kami sendiri baru dimaklumkan. Sesungguhnya allah tidak akan menguji manusia itu selaras dengan kemampuannya dirinya sendiri. Moga Yana dan keluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup selepas ini.
Dimana pun kita berada, kematian telah dijanjikan. Walaupun kita berada di dalam benteng yang kukuh sekalipun. Sebagai manusia, allah juga telah mengingatkan supaya kita memperingati mati supaya kita tidak lalai dan alpa dengan urusan duniawi, moga kita lebih tenang menghadapi saat-saatnya. Insyallah 
……………………………………………….
Firman Allah
“Ingatlah mati niscaya kau kan peroleh kelegaan, dengan mengingat mati akan pendeklah angan-angan.”


salam

Monday, 18 June 2012

doa


Doa dhuha






Selamat beramal  :D


Bismillahirammanirahim..salam



Bibir tersenyum tapi..
Mata hati sama-sama mengalir. Dalam. Sangat dalam. Dalam lubuh hati.
Sebak menahan. Aku berhenti menulis dan berlalu. Cubaku tekap dalam-dalam perasaan ini. Jangan dikeluar. Jangan. Menahan selagi mampu...Lalu bernadahlah. Berserah.
Hampir 100 kali lagu ni aku dengar tanpa henti.
Jemu? Tidak sesekali. Itu sebagai wakil aku. doa aku pada pencipta yang satu.
Sesungguhnya.! Dia maha mengetahui zarah-zarah hati yg dimiliki.
………………………………………………..
Apa yg pernah aku baca..berbunyi begini. Kalau tak silap.
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.” Ustz Pahrol

Sunday, 17 June 2012

Take Care u





Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum


Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kamu

Kerana cinta itu lebih hebat dari puisi ini

Kerana Hebatnya kasih kamu

Sehingga aku bisa tenggelam dengan perkataan aku sendiri

Percayalah. Hakikatnya bukan kamu yang tak sempurna, tapi aku.

Aku yang kekurangan sana sini

Sebab itu cara aku begini

Kamu yang cukup sifatnya dari mata aku

Dari hati dan jiwa

Dan saat ini kau tiada

Aku lemah menagih kewujudanmu

Kembali cepat-cepat peliss

Aku rindu. 


puncak perdana
shah alam
7.00pm





Saturday, 16 June 2012

untuk u




assalamualaikum .. hii reader. how u? fine? yeayy.. thts great. alhamdulillah :)
 I hve no interesting stry..but juz only the simple one.. dotno what? ahakk..  


u… jage diri..
u… baik-baik ye..
u… I tak senang hati..
u… i…
takpelah!
Dua merpati putih datang tibe-tibe. I pon tak tahu mana datangnye? Ehh tibe-tibe? Heran pulak. Takpelah. Dia pon nak hidup jugak. I senyum time tu. I pandang depan tanpa berkelip. Sakit jugak mata. sampai nak meleleh, pedih. Senyum lagi melayan diri. Macam takde keje. Hati kejap-kejap bermonolog sendiri. Macam lawan-lawan cakap. Sorang jahat sorang lagi macam malaikat. Haisshh..
Ehh u?
Itu yang membuatkan ia dipanggil pilihan. Sama berat sama miliki pro dan kontra.
Masing-masing melakar masa depan dan kerjaya. Walaupun pasangan terkandung dalam masa depan, tapi ini jauh. Tak tahu? Yes! Tak. Belum tahu lagi.
Diam.

s.alam
Biaselah
2.53am



Friday, 15 June 2012



assalamualaikum semua. 


zahirim adzim punye cerita..... Hebatnya rasa kehilangan 


Kata kau ni kisah kau yang perlu kau konklusikan, yg perlu kau kesimpulan-kan, yg perlu kau endingkan, yg perlu kau natijahkan. Tapi kau tak pulang-pulang. Tak berutusan, apatah lagi berhubungan. Aku gelabah.
Aku mula membuka persoalan, kemana, bagaimana, mengapa, bila, siapa?
Resah-resah yg parah, ke kiri ke kanan ke depan ke belakang yg serba tak kena. Tapi yg lebih hebat, Hati. Hati yg menjadi suam-suam risaunya. Otak yg dum dam dum dam kabutnya.
Mana kau?
Berhari, berminggu, berbulan, bertahun. Aku tak mahu kekosongan ini diisi……
Aku bukan janda yang kematian suaminya. Tapi aku percaya, lagaknya begitu sekarang.
Menunggu- menunggu- menunggu.
Akhirnya aku capai keputusan utk lari dari reality tapi bukan fantasi. Aku kepuk-kepukkan bantal, bersedia untuk menerima mimpi apakah tidur kali ini. Walau resah, walau risau. Aku terpaksa menidurkan diri dengan rindu yang tak mampu aku hindari.
Resah lagi.
Tiba-tiba aku sedar, rupanya kau baru hilang beberapa jam
Kenapa begitu hebat lamanya rasa?

p/s : I love u 
puncak perdana
4.30 am

xlarat nk explain panjang2. selamat malam