Sunday, 23 September 2012

mendidik walau payah


Assalamualaikum

Hidup kita sentiasa ada pilihan
Baik atau buruk diri sendiri yang tentukan
Dan jalan yang saya pilih…
Moga doa itu dimakbulkan
Moga kita istiqomah dengan pilihan yg dipilih
Moga jalan bahagia ada untuk kita dunia akhirat. Doakan.

Saya seorang yang positif. (kadang-kadang)
Hepi go lucky
Jarang orang boleh tengok saya sedih
Tapi bila diuji dengan ujian hati begini,
Saya rase lemah, mudah tersentuh, air mata ikut dan nak kelua macam mana pun.

Agak terbuai
menangis dua tiga hari, dah macam perkara biasa.
cara terbaik untuk kita heal perasaan sendiri,
cumanya, dalam menangis,
kena fikir.

Cuba kuatkan hati, didik hati.
Ternyata sangat susah
Buat apa-apa teringat dia
Tapi sy x bole macam ni
Lagi sy lemah lagi senang syaiton nak masuk.

Jadi sy harus kuat!!

perasaan suka, tersentuh, semuanya dari Allah.
dan pada siapa untuk kita bergantung harap kalau bukan pada Pemiliknya, kan?

sangat setuju kata ustaz azhar,
'jangan sesekali dekati hati kami jika tiada niat untuk memperisterikannya.'
bunyi macam gedik. tapi perkara sebegini sebenarnya serius.

"kami tidak mahukan perhubungan yang tak pasti,
atas dasar 'taaruf' biarlah dengan pengetahuan wali kami.
supaya nanti, bila tiba masanya dengan izin Ilahi,
kita dapat tersenyum kerana peritnya mujahadah pada permulaan,
membawa seribu kebahagiaan di masa hadapan."

inshaAllah.

just share!


Tuesday, 18 September 2012

Cuaca semasa


Assalamualaikum. Bismillah Hirahman Nirahim



“Aku paling bertuah, paling bahagia”. Luah seorang kawan yang baru beberapa hari  melangsungkan perkahwinan. Wajahnya masih berseri- seri seperti hari bersejarah tempoh hari.
“Untung aku miliki dia. Dia sempurna dan calan suami yang dicari-cari selama ni. Tak salah perkenalan kami duhulu tu. Aku ingatkan dia nak main-mainkan aku je. Tapi kau tengok la sekarang, aku dah jadi isteri orang.” Luah seorang teman.

“aku tumpang gembira babe.” sambil air mate turut bersama meraikan hari bersejarah itu. naluri perempuan seperti aku fuhh usah cakaplah. Kawan mana yang tidak gembira melihat kawannya gembira? Tak ada. Kalau adapun itu bukan kawan! 

Dipanjatkan doa moga semuanya di dalam limpah rahmat yang maha esa.  Moga kalian dapat menempuh liku-liku bahtera alam rumah tangga. J
……………………………………………………

“Aku suke berkawan dengan korang. Aku bole jadi baik. Kalau dengan orang lain, aku jadi syaitonn.”

Senyum dibuatnya. Masyallah. sungguh aku juga manusia hina. manusia yg pernah berbuat berdosa. Masih membuat. Mungkin hari- hari tanpa aku sedar. Jahil aku dahulu tentang dia. Kalau diingatkAn malu sungguh aku kepadanya Hanya dia saja yg tahu. Satiap hari masih lagi bertatih, merangkak pelan-pelan berusaha moga semakin dekat. Dekat dan dekat.  

Syukur allah dah menyentuh hati-hati kite untuk bertaut kepadanya. Bukan semua orang merasa. Mungkin ramai yang dah diberi highlight tapi endah tak endah tu masih membuat manusia lalai. Lupa barangkali tujuan kita. Moga kite tidak lalai yang mana semakin jauh kite dengan tuhan, Allah azza wajalla.
..............................................................................

“awak ni sangat baik, cantik, untung sapa yang dapat”

Jangan cepat memuji, begitu juga jangan cepat membenci. Tetapi bersederhana dan bersyukur. Jangan terlalu memuji kerana bimbang apa yang diharapkan tidak sama dengan apa yang kita dapat. Kelak kita yang akan terluka. Bukan cuba-cuba menjadi baik, tapi berusaha menjadi yang lebih baik dari sebelum ni.

“Bantu saya ye awak”. “Allah akan menguji kite melalui orang yang paling kite sayang. Orang yang paling kite sayanglah barangkali bole bertukar menjadi orang yang kite benci.” Nauzubillah. Minta dijauhkan.

“Tapi cinta pasti diuji.” Hati saya menjerit. “Minta hati dan diri kite mampu menghadapinya.” Insyallah
Dalam hati berdoa  moga dia, saya akan membina ikatan yang halal dengan keikhlasan. Ertinya memberi kerana allah.

KATA IMAM SYAFIE

"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh. padahal aku bukan dari kalangan mereka.
harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka."


salam.

Wednesday, 5 September 2012




Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”

“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.”S

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.

Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.