Thursday, 21 February 2013

U deserve it..



Bismillah.
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada tuhan sekalian alam. Aku memilih untuk bahagia.. dengan rasa syukur kepada Tuhan, bahawa aku masih boleh bernafas. Aku memohon diberi ketenangan dan hidayahmu. Limpahkan rezeqi dan kasih sayang untuku, keluargaku, sahabatku, dan insan tersayang.  Amin.

Untuk bulan ni sahaja ada beberapa perkara yang sangat menggembirakan. Alhamdulillah permulaan yang baik bagi tahun 2013. Harapannya hingga ke hari-hari mendatang.

Kalau cakap pasal student agak-agaknya apa yang berada didalam fikiran sekarang? Buku, assignment? Thesis? Stress? Owh Yup! Tepat sekali. Memang stigma macam ni tak dapat nak lari. Dah memang sebati sesangat as a student. Nama pun dah student tentu semua tu sebahagian dari hidup kita. Tak rugi pon actually. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak perkara yang kita rasa nak tahu lagi dan lagi. Dan kadang-kadang tu baru la kita rasa kecilnya kita dengan ilmu yang ada ni. Tak cukup sebenanya. Ilmu tu sangat luas kan, jadi janganla berhenti mencari ilmu yang ada selagi kita masih mampu mendapatkannya. 

Sabagai student satu perkara yang paling ditunggu-tunggu dan sangat menebeskan dada adalah result. Betul kan? hehe tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat result yang cemerlang last week. Eh Macam dah basi je? Xpe Abaikan. Tahniah tu yang penting =)

Tapi yang paling latest, hot, dan masih terasa bahang kehangatanya adalah Semalam. Ye semalam. hehe hari yang paling gembira sekali tok buah hati dan sudah tentu mama dan abah beliau..saya juga tumpang gembira. :) Alhamdulillah syukur, Tahniah tok cik abg syg Izham Hakim.. segala-galanya dah ditranslatekan di dalam last result yang mengagumkan tu. Masyallah kagumnya saya! (Tiba-tiba rasa bersemangat sgt nak belajar) Insyallah tak lama lagi dah grad dgn gelaran Dr Izham Hakim. 

Tahniah sekali lagi untuk usaha keras, kesabaran, pengorbanan, kecekalan dan pengalaman selama 6 tahun dibumi Russia tu sangat berbaloi. Dy layak untuk itu semua. Walaupun macam-macam yang dah dilalui tapi Allah maha adil kan? Dia bagi kegembiraan tok hari ni dan insyallah akan datang. Bukannya mudah untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Perlunya pengorbanan dan rasa kepayahan untuk dy terus berusaha. Tahniah atas kejayaan yang dicapai. Kita sama-sama bersyukur kepadanya moga nikmat kejayaan ni berpanjang. amin :)

Menunggu hari-hari seterusnya dengan sabar.. Allah always save the best for the last. :)

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat”.

p/s : Sayang Lillah Taala. moga diberkati selalu. amin :')


Salam.

Thursday, 7 February 2013

simple note


  1. Tidak ramai yang tahu , memiliki 20 tahi lalat dimuka. Mungkin selepas kiraan ni akan betambah lagi 1? Mungkin!
  2. Anak bungsu dari 5 beradik yang selalu dibuli oleh abang2 dan kakak2. Dan mungkin juga anak2 buah. ;p
  3. Pencinta coklet dan juga icecream yang melampau. Mahukan teman nanti. Sudi?
  4. Sangat penyayang di dalam tegas, ada kala sifat penyayang membuat org lain salah faham. Saya juga bukan pengongkong, tapi bimbang. Lain bukan?
  5. Mudah mesra dengan semua orang dan dapat menerima perangai orang sekeliling dengan cara yang bermacam. Come on.saya pon ada perangai, kalau org bole terima, kenapa x saya? emm
  6. Mencuba tidak menjadi terlalu jeles. Tetapi gagal, kerana itu adalah lumrah seorang manusia kalau dah sayang. Tak pernah sesekali mengalahkan lumrah. HAKIKATnya. Mungkin dah gile, jeles tu takde! Don’t worry. Saya masih mencuba.
  7. Agak sukar menunjukkan kesedihan, kesakitan dan juga kegembiraan yang melampau dihadapan rakan2. Sederhana mungkin terbaik. Sebab saya pemalu untuk mengekpresikan wajah di hadapan kengkawan. Owh malunye saya ;p
  8. Bayangan pantai dan pulau sering hadir bila stress datang tetiba. Ni yang mak den penin. Xabis2 bercuti. Hee :D
  9. Bercita-cita untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi andai peluang dan daya selari. 
  10. Melihat kesusahan orang sebagai pengajaran dan bimbang lalai ingatkan diri sendiri bahawa manusia bukanlah sehebat mana. Ada kala tinggi diatas. Ada kala akan jatuh jua kebawah. Sedar diri. Tahu suhaila?
  11. Melihat Malaysia sebagai sebuah Negara yang demokrasi dan harus aman dari pemikiran kepuak-puakan. “Tidak aku jadikan kaum-kaum yang lain selain untuk kamu saling mengenal”. Dah terangkan ayat?. Apa kata kita aman. Ikut pelembagaan yg dah tertulis yang dah dipersetujui oleh nenek moyang kalian dahulu. Jangan persoalkan.. kesannya hebat nanti.
  12. Melihat impian adalah cita-cita yang harus dipenuhi jika diri mampu untuk merealisasikan. Atas  berkat pertolongan pencipta manusia. Dia dah kata, minta, mohon dan berdoalah. Akan kuperkenankan doamu. Jadi? Usaha dan doalah. Insyallah
  13. Berhajat untuk menjejaki ke tanah suci, Mecca Almuqaramah sebelum mata tertutup. Russia, Istanbul, india- Pakistan, Australia dan beberapa lagi Negara lain. Semua orang boleh pergi. Sediakan saja ongkosnya.



p/s : Saya tak bisa memenuhi semua keinginan sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu perkara. ini agak menyecewakan. maafkan saya. saya yang kurang. bukan orang lain..