Saturday, 17 August 2013

Menanti hadiah

       Bismillah...

Bukan handsome yang kucari
tapi adab dan pekerti memikat hati
Bukan handsome yang kucari
cukup 5 waktunya setiap hari
Bukan handsome yang kucari
tapi bijak bersopan terhadap ibubapanya sendiri dan diriku nanti
Bukan handsome yang kucari
pandai menjaga akhlak dan agama pasti diberkati
Bukan handsome yang kucari
soleh dan menjaga peribadi lebih disukai
Bukan handsome yang kucari
cukup sygkanku seikhlas hati yang kekurangan serba serbi
Bukan handsome yang kucari
Tapi redha ibubapa mesti didahului



“Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum ayat 21)



Wednesday, 14 August 2013


Thailand.
Hampir 2 bulan,

Si dia bersama Mercy disana…

Pattani bumi bergolak. Thailand bukan seperti Malaysia. Walaupon daerah Pattani, Narathiwat dan juga Yala mejoriti adalah menganut agama islam, tetapi mengapa mereka bersengketa? adakah kerana kebangkitan bangsa mereka disana? bangsa melayu islam yang sering dizalimi, ditindas, dinafikan haknya? Disebabkan perbalahan puak-puak mereka yang tidak sudah-sudah, masyarakat yang menjadi mangsa, masyarakat yang tersiksa dan mungkin puluhan ribu terkorban. Bukan itu saja, para pelancong yg datang juga turut dijadikan sasaran. Kasihan. Bukan bercakap soal islam semata-mata. Tapi nilai kemanusian.

Mungkin perbalahan puak-puak ni membolehkan mereka mempunyai ‘tiket’ untuk berbunuh-bunuhan setiap hari? setiap masa? setiap saat.? Nyawa manusia yang tidak berdosa menjadi sasaran. Islam agama damai, agama aman.. Nauzubilah.. Tuhan, selamatkan mereka disana.. satukan hati2 mereka supaya tidak berpecah belah. supaya orang lain tidak ditimpa musibah.

Hati tidak tenang melihat berita pengeboman dan tembak menembak setiap hari yang berlaku. Apa yang kita rasa jika orang yang berada disana adalah family kita, suami isteri kita?, saudara mara kita? Masya Allah, luar saja tenang tapi Tuhan lebih tahu. kumampu hadiahkan doa buat kamu. Mendoakan keselamatan kamu wahai syg baik2 selalu dan dilindungi.. Bertugaslah dan berjihad dengan nama Allah.

Untuk kita disini, Kita hanya beberapa jengkal je dengan mereka. Hanya sempadan yang memisahkan kita semua. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga boleh terlepas disempadan Malaysia dan menjadi pelarian disebabkan penindasan yang berpanjangan.. Sampai bila bergolakan mereka akan berakhir? Wallah Hualam..

Bagi kita yang percaya padanya, ajal maut semua ditangan Tuhan. Memang benar. Tawakal, dan cuba berusaha untuk mengelakkan diri daripada ditimpa musibah mampu diminta daripada Allah melalui doa. Ayuh, tadahkan tangan kita, berbicara... Allah mendengar.

p/s : please take a really good care of yourself my dear. we always pray the best for ur healthy and safety. we love u wholeheartedly n miss u much here syg.




Tuesday, 13 August 2013

Allah Selamatkan Kamu


Bismillah hirahman nirahim…

Selamat Ulang Tahun Sayang.. moga Allah merahmati hidup hubby dunia akhirat, moga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik dan sihat, hopefully menjadi anak yang baik, taat pada mama dan abah & menjadi bakal suami yang soleh utk isteri dan anak2. Inshaa Allah.. :) 

 8 August 2013 bersamaan 1 Syawal adalah hari bahagia untuk dirai. Pertamanya kerana HARI LAHIR Izham Hakim yang pasti dulunya dinanti2kan oleh mama abah. Dan keduanya adalah HARI RAYA AIDILFITRI dimana tahun ni juga jatuh pada tarikh yang sama. Cuma… orgnya saja tak bersama. huhuhu. L Andai kamu ada, pasti semua gembira. Cepat pulang sayang, saya….

Ramadhan karim sudah berakhir. Sebelum Aidil Fitri pergi, diri hendak memohon maaf atas semua kesalahan, terlanjur kata, terkecilkan hati kpd yang mengenali.. Syukur diberi peluang seketika ini. Kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita diberi kesempatan untuk menyambutnya lagi..


Air tak selalu jernih, begitu juga ucapanku
Kapas tak selalu putih, begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru, begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus, begitu juga langkahku
oleh itu, ampuni aku

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG &

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

 p/s : entry ni dibuat pd 8 august 2013, disebabkan line tidak memberi keizinan, maka entrynya terpaksa dipostpone. :)